Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ibu jual bayi kepada pasangan suami isteri

Posted:

Ibu jual bayi kepada pasangan suami isteri

SHAH ALAM 18 April - Seorang bayi lelaki yang cacat kaki kirinya berjaya diselamatkan oleh polis daripada sindiket penjualan bayi dalam serbuan di sebuah rumah di Perdana Villa Apartment, Taman Sentosa, Klang semalam.

Bayi berusia lima bulan itu yang dijual pada harga RM6,000 ekoran kecacatan dialaminya, dipercayai didalangi oleh sindiket sama yang ditumpaskan polis pada 6 April lalu di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejayaan itu hasil penahanan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun di Tanjung Sepat, Banting, Isnin lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati, wanita terbabit yang merupakan ibu kepada bayi itu telah menjualnya kepada sepasang suami isteri berusia 30-an pada November tahun lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dua penjenayah mati ditembak

Posted:

Dua penjenayah mati ditembak

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


JALALUDDIN Abdul Rahman menunjukkan gambar dua suspek penjenayah yang disyaki terlibat dengan Kumpulan Buyong maut ditembak di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 18 April - Dua anggota Kumpulan Buyong yang paling dikehendaki di Kelantan mati ditembak sepasukan anggota polis selepas berbalas tembakan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam tadi.

Dalam insiden kira-kira pukul 8 malam itu, penjenayah terbabit, Elezulhelmie Ilias, 24, dan Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, maut di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan anggotanya segera menyerbu hotel tersebut untuk menahan suspek.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan