Harian Metro: Setempat |
Posted: 28 Apr 2012 08:14 AM PDT GERIK: Empat maut dan lima cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta Toyota Camry, lori dan sebuah motosikal di Kilometer 84.6 berhampiran persimpangan Tanjung Rambai di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari, kereta dari arah Lenggong ke Gerik dipercayai terbabas ke laluan sebelah kanan jalan sebelum bertembung lori dan motosikal yang dipandu dua remaja wanita. Difahamkan, lori berkenaan dari arah Gerik ke Lenggong.
Sementara pemandu Camry dikenali Chiam Guat Wah, 46, (isteri Wilai Wan Chinda) dan dan dua lagi penumpang lain dirawat di Hospital Gerik (HG). Pemandu lori, G Kumarisan, 28, patah kaki kiri dan kanan manakala kelindannya, I Rawikumar, 26, cedera di muka dan dirawat di HG.
"Pada masa sama, sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja perempuan keluar dari arah Kampung Tanjung Rambai ke jalan besar dan bertembung kedua-dua kenderaan berkenaan," katanya. |
Posted: 28 Apr 2012 07:32 AM PDT "SEMUA ini anugerah Allah. Cuma setiap kali bersalin, saya mementingkan soal berpantang," kata Bedah Saad, 59, ibu kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, 40, dan Ayu Raudhah, 27, mengenai rahsianya memperoleh anak mempunyai rupa paras cantik. Selain Rozita dan Ayu Raudhah, tiga lagi anak perempuan Bedah iaitu Robithoh, 35, yang juga isteri pelawak Lan Pet Pet, Rahaiza, 31, dan Rahimah, 41, turut memiliki rupa paras menawan.
Keluarga ini turut memiliki dua saudara lelaki iaitu Rashidi, 33, dan Mohd Rafiudin, 24. Bedah berkata, dia turut menggalakkan semua anak perempuannya melakukan amalan lepas bersalin dalam usaha mengekalkan bentuk badan, selain lebih sihat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan