Berita Harian: Mutakhir |
Legoland Hotel pertama Asia dibuka di Malaysia Posted: 24 Apr 2012 03:24 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Legoland Hotel pertama di Asia akan dibuka di Malaysia pada 2014 yang bersebelahan dengan taman tema kanak-kanak berkonsep blok binaan permainan Lego yang popular.Dalam satu kenyataan, kerja pembinaan hotel di Johor itu akan bermula bulan depan oleh pemajunya, Merlin Entertainments Groups and LL Themed Hotel. Ia adalah Legoland Hotel yang keempat seumpamanya di dunia manakala teman tema Legoland Malaysia itu adalah yang keenam di dunia selepas Denmark, Britain, California, Florida dan Jerman. Hotel berkenaan akan menggunakan bahan pembinaan lebih konventional dan akan dibina bersebelahan taman tema Legoland yang dijadual dibuka kepada pengunjung penghujung tahun ini.Syarikat pemaju terbabit berhadap mereka akan dapat menggamit lebih ramai pengunjung domestik dan pelancong asing. "Ia akan lebih mirip kepada kehidupan kanak-kanak dengan tema lebih imiginasi berkonsepkan permainan Lego," kata pemaju terbabit. Taman tema berkenaan seluas 31 hektar yang bakal membawa satu lagi mercu tanda Inskandar Malaysia, zon ekonomi yang berjiran dengan Singapura.
Rangkaian Legoland Hotel ialah di Denmark, Britain dan yang ketiga akan dibukan di California tahun depan. - AFP |
BN sedia manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan: Muhyiddin Posted: 24 Apr 2012 02:55 AM PDT Mutakhir TUMPAT: Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan, yang mengandungi janji-janji 'hitam putih' yang akan dikotakannya jika negeri ini kembali diterajui BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan PAS sejak memerintah negeri ini pada 1990. "Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto). Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan. "Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Noor Zahidi Omar. Kira-kira 10,000 warga pendidik, anggota Rela, SRS dan masyarakat pelbagai kaum menghadiri majlis itu. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata terdapat sisi kosong yang boleh dimajukan di Kelantan jika BN menguasai negeri ini selaras dengan hasrat BN membawa Kelantan menjadi negeri maju bersama negeri lain dalam tempoh lapan tahun lagi.
"Ini soal bersama. Kita tidak mahu ada negeri yang ketinggalan dan sebab itu saya mahukan Kelantan bersama-sama kita yang seiring dengan aspirasi iaitu di bawah BN," katanya. Beliau berkata ramai rakyat Kelantan yang menemuinya bertanya bila pilihan raya akan diadakan kerana mereka mahu memilih BN untuk melaksanakan pembangunan dan kemajuan yang gagal dilakukan PAS. "Lihatlah apa yang berlaku sejak 21 tahun ini. Banyak masalah tanah, air, surau, pelaburan dan perniagaan yang gagal dilakukan," katanya. Beliau memuji kesungguhan Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, yang disifatkannya sebagai individu yang sangat sibuk menguruskan Kelantan semata-mata tidak mahu melihat negeri itu mundur dan membawa rakyat kembali memilih BN. Sementara itu, Muhyiddin menyelar PAS yang sanggup bersekongkol dengan individu yang sama sekali mempunyai nilai bertentangan dengan agama Islam seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S. Ambiga. "Puak-puak ini sudah bercanggah dengan nilai Islam dan kenapa PAS mahu bersama jamaah ini. Ini jamaah songsang namanya. Jangan kerana politik kita ketepikan agama dan kerajaan BN sama sekali tidak berkompromi dengan individu begini," katanya. Beliau berkata PAS perlu sedar siapa Anwar, yang kini ditentang habis-habisan oleh rakan karibnya sendiri, yang sudah tentu mempunyai bukti jelas apa yang dilakukan pemimpin pembangkang itu selama ini. Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM75,000 kepada Rela Kelantan, SRS Kelantan (RM50,000), Majlis Permuafakatan Guru-guru Tumpat (RM30,000) dan menaik taraf padang Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat (RM300,000). - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan