Harian Metro: Setempat |
Posted: 29 Apr 2012 01:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam meningkatkan kualiti hidup supaya sihat, lebih 500 peserta pelbagai peringkat usia berjalan empat kilometer mengelilingi Tasik Titiwangsa, di sini, pagi semalam. Program anjuran pelajar Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Lanjutan (Space), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bermula kira-kira jam 8 pagi.
Penjawat swasta, Mohd Khairudin Jais, 32, berkata, dia bersama ahli keluarganya tidak melepaskan peluang menyertai program itu sebagai mengisi waktu hujung minggu.
Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Pendidikan Perdana (Kopeda) dan Menara Optikal.
|
Posted: 29 Apr 2012 01:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu. Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.
Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.
"Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.
Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan