Toyol dara pecah flat Posted: 20 Apr 2012 12:44 PM PDT SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit. Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu. "Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit," katanya. Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Kereta terjunam Posted: 20 Apr 2012 12:44 PM PDT KANGAR: "Saya lihat cahaya terang menyala dalam sungai dan apabila menghampiri kawasan tebing, saya ternampak bahagian bumbung kereta terapung, manakala pemandunya cuba menyelamatkan diri sebelum tenggelam." Demikian kata Zamri Omar, 42, antara saksi terawal melihat kejadian seorang lelaki, Aimi Mukhlis Taib, 26, lemas selepas kereta Perodua Kancil dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Bharu, di sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Menurut Zamri, dia dan rakan yang kebetulan menunggang motosikal di kawasan berhampiran menjerit memanggil mangsa, sebelum seorang rakan terjun untuk menyelamatkan lelaki itu, namun gagal kerana arus terlalu deras. Katanya, dia hanya mampu melihat kereta berkenaan terus tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras sehingga 50 meter dari tempat dia terjunam. "Saya lihat mangsa yang terperangkap cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang kereta selepas usahanya untuk keluar melalui tempat duduk pemandu gagal. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan