Jumaat, 20 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bantah PTPTN gimik politik

Posted: 19 Apr 2012 01:09 PM PDT

MukaDepan

Anwar, Kit Siang, Guan Eng sokong dana sejak 1997

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng diminta menjelaskan niat mereka mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sedangkan mereka antara yang bersungguh-sungguh menyokong penubuhannya pada 1997.

Beberapa pertubuhan pelajar dan bekas pelajar mempertikaikan kenyataan pemimpin pembangkang berkenaan yang tidak konsisten dengan pandangan mereka sebelumnya selain kesal kerana terus memperkudakan mahasiswa untuk kepentingan politik masing-masing.

Penubuhan PTPTN disokong gagasannya oleh Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Tanjung ketika itu dan anaknya, Guan Eng. Mereka turut mengalu-alukan rang undang-undang PTPTN untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak muda berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. - Norhasrul Akhmal Ngadiman, Pengerusi Pergerakan Mahasiswa Sedar (SEDAR)

Selain Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika PTPTN ditubuhkan, Kit Siang (Penasihat DAP) dan anaknya, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1997 bersetuju dengan penubuhan PTPTN malah meminta peruntukan awal RM100 juta ditingkatkan kepada RM1 bilion.

Sokongan Kit Siang dan Guan Eng tercatat dalam rekod sidang Parlimen kesembilan, penggal ketiga, ketika mereka membahaskan isu penubuhan PTPTN jam 3.13 petang pada 14 Mei 1997 bagi membantu golongan kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia, Mohd Shahar Abdullah, berkata Anwar sebenarnya mahu meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa apabila meminta pelajar dari keluarga kaya membayar balik pinjaman PTPTN.

"Apabila dia membezakan anak orang kaya dan anak orang miskin, tindakan ini sebenarnya meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa kerana selama ini kita tidak melihat latar belakang keluarga kerana keutamaan adalah kecemerlangan akademik.
"Apa yang dilakukan kerajaan sekarang adalah menekankan budaya kecemerlangan kerana dengan adanya generasi berkualiti, ia mampu memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan antarabangsa," katanya.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Ahmad Hazman Wan Daud, berkata jelas Anwar sendiri tidak faham matlamat PTPTN yang bertujuan membantu pelajar terutama Bumiputera luar bandar menyambung pengajian.

"Pinjaman itu pula akan menjadi biasiswa jika pelajar mendapat keputusan kelas satu apabila tamat pengajian. Ini bermakna mereka mendapat pengajian percuma," katanya.

Pemimpin pelajar UPM, Iqbal Ismat Nordin meminta mahasiswa tidak terpedaya dengan gimik politik pembangkang kerana apa yang diperoleh daripada PTPTN sebenarnya sudah meliputi yuran pengajian dan wang saku.

Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Pergerakan Mahasiswa Sedar (SEDAR), Norhasrul Akhmal Ngadiman pula membidas tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pembiayaan pendidikan oleh PTPTN yang dianggap gimik politik murahan pembangkang.

"Penubuhan PTPTN disokong gagasannya oleh Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Tanjung ketika itu dan anaknya, Guan Eng. Mereka turut mengalu-alukan rang undang-undang PTPTN untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak muda berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sufi

Masa dapat duit PTPTN....sume sibuk carik handphone baru lar...baju baru lar...bile suruh bayar...xnak pulak...sapa kata xde pelajaran yg free kat Malaysia...JPA, MARA, TELEKOM, TNB n byk lg sykt2 swasta yg bg biasiswa free utk student yg 'layak' (student pandai, n mmg betul2 gune duit utk belajar)...yg x layak tu...hurm...org suruh belajar...ko pg demonstrasi pulak..belajar x pandai...mmg LAYAK x dpt biasiswa..so byr lar..

kuda kepang

setuju dgn suu. kalau pinjam RM20k, byr balik pun RM20k. Xde bunga (interest) yg dikenakan. Caj perkhidmatan k'jaan patut serapkan sbb staff semua kakitangan k'jaan.

JAMLI ZAINI

Penuntut IPTA/IPTS jangan terburu2 ikut rentak atau perkembangan semasa.Fikir baik2 masa depan.Kalau PKR/PAS/DAP menang tak apa, kamu boleh dapat kerja.Saya amat takut dengan SENARAI NAMA HITAM DALAM MINDA PEMIMPIN MEMERINTAH KELAK.Sia2 kita belajar 4,5,6,7 dan 8 Tahun di IPTA/IPTS.Keluar saja daRI IPTA/IPTS nun di sana lepak dekat Chow Kit/Bukit Bintang/Pudu Raya/merayau2 tak tentu hala.Wujudnya PTPTN kerana Pemimpin MALAYSIA.Tenggelamnya PTPTN kerana Pemikiran PEMBANGKANG MALAYSIA.

kimiechepeng

Salam 1Malaysia. Saya tidak bermaksud nak menyokong mana-mana pihak. Tapi pada pandangan saya mungkin mustahil untuk mansuhkan PTPTN. Tetapi mohon jasa baik kerajaan mansuhkan/kaji balik faedah tu pun dah cukup. Cabaran pemimpin kerajaan mahupun pembangkang teramat mencabar di masa akan datang. Rakyatlah cuma sebagai pemerhati yang mana sekiranya masalah kecil mahupun besar tidak dapat diselesaikan, pemimpin tersebut memang tidak layak dijadikan sebagi pemimpin. Rakyat sebagai pemerhati, pilihlah pemimpin yang betul2 boleh buat kerja pada PRU13 nanti. Rakyat sekarang bukan macam zaman dulu, boleh diperbodoh bodohkan, bukan boleh dibeli dengan wang ringgit.

the reader

setuju dengan pendapat suu

misga

Belajar tinggi tinggi tapi otak letak dalam tempurung lutut....tak tahu bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kerajaan..bikin malu saja!!!!!

DINO

RAKYAT JANGAN MUDAH TERTIPU DAN DITIPU PEMBANGKANG.TOLAK PAKATAN RAKYAT PADA PRU 13 NI.INSAF, JANGAN TERSILAP

Pendekar Laut

Kepada Sue yg x paham, kadar faedah yang dikenakan PTPTN cuma 3%. itu da dikira paling sket di pasaran. Bank tempatan punya pinjaman pun sampai 6-7%. Syukurla dengan langkah kerajaan memberi pinjaman, satu kemudahan untuk korang belajar. Kalo nak ambil, xnak sudah. Ape susah?

Someone

Komisyen? Berapa komisyen PTPTN yang tinggi sangat tu? Yang pelajar pergi beli barang barang mewah dengan duit PTPTN tak dikira sebagai tinggi jugak ke?

Pegawai PTPTN semua kerja free ke? Sebab 1% tu adalah kos operasi, bukannya faedah untung

Roney Hai

Pelajar yang berdemo ni masuk U atas bantuan duit sapa?..... Cermin diri dulu....tanya diri sendiri.... awak membesar dengan duit subsidi tau..... patut awa semua bersyukur kepada Allah kerana ada kerajaan yang boleh bagi subsidi bagi membesarkan awak... sekolah pun free tak payah bayar duit guru... kerajaan sekarang bayar.... jangan dengar da ikut cakap-cakap orang yang munafiq.

farah hazwani

dah pinjam bayar lah balik..
tak bayar banyak, bayar cikit-cikit tak apa..
janji bayar balik, INIiii dah kira untung dab bagus pun cuba pergi luar negara memang tak ada pun.. jangan bising jangan kecoh kalau engkau orang kaya tak jejas cara kau.. kena pinjan kena lah bayar balik.. itu je.. belajar tinggi rendah akal pun tinggi rendah juga.

Luqman

Kerajaan bagi pinjam PTPTN pun sudah kira syukur, dan seharusnya kita bersyukur, pembangkang bagi apa selain membuat macam-macam fitna, sepatutnya kerajaan dan pembangkang sama-sama berfikir apa kesan "FREE" kepada pelajar, apa yang pembang dan konco-konconya tahu kesan dan inpak free kepada pelajar. Kalau tak tahu jangan membuat andaian yang free itu lebih baik dari yang membayar, jangan asyik nak tunjuk pandai nanti nampak sangat kebodohan sendiri. Kepada pelajar-pelajar yang tidak setujuh dengan PTPTN sebagai pinjaman silalah bagi balik pinjaman tersebut, jangan macam hero berkepala zero, apa yang kamu tahu kesan FREE, seronok, tidak menyusahkan, membantu rakyat, gembira, kesudahannya sebenarnya lagi buruk kalau kamu tahu. Masuk tandas pun kena bayar tahu, jangan berjuang atas kepentingan politik semata-mata, membina(kerajaan) lebih sukar dari meruntukan(pembangkang)
Semoga semua pelajar yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi anda ada otak yang baik jadi gunakan sebaik-baiknya, jangan jadi alat untuk pihak lain mencapai matlamatnya, semoga berjaya.

suu

bukan mahasiswa tak nak bayar hutang tetapi kadar komisen yang terlalu tinggi menyebabkan mereka menanggung beban. cuba wujudkan satu dana yang tidak membebankan pelajar, dulu boleh buat loan JPA yang tiada langsung kadar faedah. pelajar akan bayar kalau pinjaman mereka tiada unsur riba. bukan mereka tak nak PTPTN tapi syarat komisen dlm PTPTN tu yang mereka tak nak.


Majoriti ahli setuju Felda Global ke bursa Jun

Posted: 19 Apr 2012 12:56 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Seramai 1,110 ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia yang dijadualkan Jun ini.

Persetujuan majoriti ahli KPF itu diputuskan melalui undian pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Dewan Perdana FELDA pagi semalam. Sebanyak 120 ahli tidak bersetuju dengan penyenaraian, 15 tidak mengembalikan kertas undi dan lima undi rosak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata tiga usul yang dipersetujui majoriti ahli termasuk penjualan saham KPF dalam FELDA Holdings Berhad kepada FELDA, KPF menyertai penyenaraian FGVH dengan pemilikan saham 37 peratus dan memberi mandat kepada Lembaga KPF berunding, menghalusi, menerima dan meminda sebarang terma tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Beliau berkata, keputusan itu menggambarkan majoriti 224,000 ahli KPF melalui perwakilan yang sah bersetuju dengan penyenaraian FGVH, sekali gus menyekat usaha pembangkang yang cuba mempengaruhi ahli menggagalkan penyenaraian itu.

Penyenaraian ini memberi kebaikan kepada kakitangan KPF, peneroka, staf FELDA dan negara. Mereka tidak rugi apa-apa, sebaliknya mendapat pelbagai keuntungan. - Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


"Penyenaraian ini memberi kebaikan kepada ahli KPF, peneroka, kakitangan FELDA dan negara. Mereka tidak rugi apa-apa, sebaliknya mendapat pelbagai keuntungan," katanya.

Ahmad Maslan berkata, Lembaga FELDA akan bermesyuarat hari ini untuk meneliti segala keputusan dan permohonan Lembaga KPF.

EGM KPF tertangguh lebih sebulan selepas lapan peneroka FELDA yang juga ahli KPF memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Februari lalu bagi mendapatkan injunksi menghalang koperasi membuat sebarang keputusan pada EGM yang sepatutnya pada 22 Februari.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2 April menolak injunksi itu selepas hakim berpendapat berdasarkan Seksyen 82(1) dan 82(2) Akta Koperasi 1993, sebarang masalah berkaitan koperasi perlu dibawa kepada pengetahuan SKM yang mempunyai kuasa menyelesaikannya.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, sebelum ini berkata, penyenaraian FGVH tetap diteruskan tanpa pembabitan KPF jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepada FELDA dengan membentuk syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan ahli, termasuk 112,635 peneroka, kakitangan koperasi serta anak peneroka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan