Ahad, 22 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Penyokong Terengganu berang

Posted:

Penyokong Terengganu berang

Penyokong Terengganu berang

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

KIRA-KIRA 500 peminat meluahkan kemarahan mereka setelah pasukan Penyu tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak Terengganu bertindak luar kawalan selepas berang dengan kekalahan pasukan negeri itu yang tewas 1-2 kepada Sime Darby dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kelmarin.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang serta poster yang meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Mereka bukan setakat membuat kecoh di pekarangan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat malam kelmarin, malah kira-kira 100 penyokong bertindak lebih agresif dengan membuat kecoh di hadapan rumah Che Mat.

Tindakan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat penyokong di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad Penyu itu tumbang kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penyokong beramai-ramai pergi ke rumah Che Mat yang terletak di Kampung Panji Alam dekat sini dengan membuat bising mendesak Che Mat meletak jawatan selain menekan loceng rumah, menggoncang pintu pagar dan membaling batu.

Tiada kecederaan berlaku, namun, kejadian menyebabkan bahagian bumbung di bahagian rumah tersebut mengalami sedikit kerosakan dalam kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada rayuan BR1M selepas 30 April

Posted:

Tiada rayuan BR1M selepas 30 April

Tiada rayuan BR1M selepas 30 April

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! 18 April 2012.


IPOH – Orang ramai yang ingin mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 30 April ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tempoh tersebut dianggap memadai untuk memberi peluang kepada pemohon membuat rayuan bagi mendapatkan wang bantuan RM500 tersebut.

Katanya, kerajaan sudah memberi masa yang bersesuaian bagi memastikan pemohon mengemukakan rayuan dan mengelak keciciran mereka yang layak mendapatkan bantuan berkenaan.

"Kita sudah bagi tempoh lama untuk membuat rayuan, jadi kita perlu tutup buku. Saya juga pernah memberitahu sebelum ini, pada bulan ini (April) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan itu akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

"Jadi, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan proses kutipan cukai berkenaan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Batang pokok betik berwajah manusia

Posted:

Batang pokok betik berwajah manusia

Batang pokok betik berwajah manusia


MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.


PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan