Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 28 Apr 2012 08:43 AM PDT ALOR SETAR: Seorang lelaki terbunuh apabila tersepit antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu rumah selepas mesin itu terjungkit secara tiba-tiba ketika cuba dikeluarkan dari ruang bawah rumah neneknya, kelmarin. Difahamkan, kejadian berlaku jam 4.20 petang di Simpang Empat Kangkung, di sini, ketika Mohd Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan mesin itu bagi menggantikan minyak hitam untuk kerja-kerja membajak sawah.
Menurutnya, dia mendapati dada anaknya dihimpit besi jentera dan belakangnya tersepit pada kayu lantai lalu cuba menurunkan jentera itu, tetapi gagal kerana berat.
|
Posted: 28 Apr 2012 08:42 AM PDT GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas menjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu. Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering.
"Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.
"Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi ada kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka.
Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan