Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Apr 2012 11:04 AM PDT SHAH ALAM: Seramai tujuh lelaki berusia 20-an ditahan kerana positif dadah jenis ganja dan syabu ketika operasi bersepadu besar-besaran dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dengan kerjasama agensi lain di Tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Batu Tiga menghala Kuala Lumpur, di sini, malam kelmarin. Operasi bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam itu membabitkan 130 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Antara kesalahan dikesan termasuk menunggang dan memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, penggunaan cermin gelap melebihi spesifikasi dibenarkan, kenderaan yang diubah suai tidak mendapat kelulusan dan ekzos mengeluarkan bunyi terlalu bising.
Menurutnya, operasi ini dijalankan untuk menyedarkan pengguna jalan raya mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Sementara itu, PDRM mengeluarkan 75 saman atas pelbagai kesalahan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal manakala 27 kes dilaporkan berkaitan kesalahan imigresen. |
Bayar RM10 untuk tonton tarian ghairah Posted: 01 Apr 2012 11:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya RM10 untuk menonton persembahan ghairah. Itu yang ditawarkan sebuah premis hiburan yang diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di Taman Prima, Selayang, di sini, awal pagi tadi. Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, 23 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi yang asyik menari ghairah di atas pentas peragaan ditahan. Kadar bayaran yang rendah itu menjadi faktor premis hiburan terbabit dikunjungi ramai pelanggan untuk berhibur bersama GRO pilihan.
Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki dipercayai penjaga premis dan 23 GRO iaitu lapan warga Thailand, sembilan (Vietnam), empat (Indonesia) dan dua (China) ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, pelanggan yang berpuas hati dengan tarian mereka boleh menambah RM10 untuk membeli kalungan bunga bagi diberi kepada GRO terpilih. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan