Harian Metro: Mutakhir |
Pekerja restoran dari Malaysia dilaporkan hilang di Hat Yai Posted: 01 Apr 2012 06:57 AM PDT KANGAR: Seorang pekerja restoran dari Kuala Kedah dilaporkan hilang dalam kejadian letupan bom di bangunan Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hat Yai semalam, yang mengorbankan 10 mangsa termasuk seorang rakyat Malaysia. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata Tan Peng Chan, 39, gagal ditemui selepas kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu dan keluarga mangsa memaklumkan tentang kehilangan itu hari ini.
Katanya keluarga mangsa akan melakukan pengecaman satu mayat di Hospital Songkhla Nagarind esok. Setakat ini, seorang rakyat Malaysia, Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah, terbunuh dan 27 lagi rakyat Malaysia cedera termasuk 11 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.
|
Pemancing dikhuatiri lemas manakala 7 terselamat selepas dilanggar bot Posted: 01 Apr 2012 06:39 AM PDT PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tujuh yang lain terselamat apabila sampan yang mereka dinaiki ketika memancing dilanggar sebuah bot nelayan di Pulau Ketam di sini, awal hari ini. Lelaki yang hilang selepas terjatuh ke laut itu ialah seorang peniaga yang dikenali sebagai Khairul Anuar, 35.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ASP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Khairul bersama tujuh pemancing -- lima lelaki tempatan dan dua Indonesia -- tercampak dari sampan mereka yang dilanggar sebuah bot di Selat Md Zain, Pulau Ketam. "Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan untuk mengesan mangsa yang hilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan