Ahad, 1 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kena bijak tepis ‘offer’

Posted: 31 Mar 2012 02:58 PM PDT

Oleh HADZLAN HASSAN, RIADZ RADZI, SHAKILAWATI ABD RAHMAN, RUDY IMRAN SHAMSUDDIN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pantang melihat ada artis baru memiliki pakej lengkap sebagai wanita idaman, segelintir orang kenamaan (VIP), pengarah, penerbit dan promoter konsert berlumba-lumba menjerat artis terbabit dengan pelbagai umpan seperti kemewahan dan kejayaan segera dalam industri seni tanah air.

Dasar lelaki hidung belang, mereka tidak mampu menahan naluri seks luar biasa sebaik menyedari kehadiran artis baru berwajah cantik, kulit putih gebu dan badan menggiurkan, sekali gus giat pasang jerat.

Jika tersilap langkah, boleh tergadai maruah. Itu risiko dihadapi artis wanita, terutama artis baru 'bergetah' yang terdedah dengan gangguan seksual dalam meneruskan karier seni mereka.

Memang ada pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, namun perkembangan negatif seperti itu sebenarnya tidak harus kekal dalam industri hiburan tanah air yang boleh mencerminkan imej tidak baik pada mata masyarakat.


Ikuti pengalaman Neelofa, Hanez Suraya, Nas Adila, Fiza Elite dan Ani Mayuni yang pernah berdepan gangguan seksual sepanjang karier mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




1 maut, 20 terselamat

Posted: 31 Mar 2012 02:58 PM PDT

IPOH : Seramai 20 pelancong nyaris maut apabila sebuah lori 18 tan merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan awal pagi semalam.

Kemalangan ngeri kira-kira jam 5.30 pagi di kilometer 274 (U), Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tol Jelapang di sini, bagaimanapun meragut nyawa seorang kelindan lori, Jamri Abu Bakar, 35. Mangsa dari Johor Bharu dipercayai mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan.


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Suprintendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata kemalangan membabit dua kenderaan berkenaan menyebabkan seorang kelindan lori terbunuh di tempat kejadian. Menurut beliau, lori yang membawa muatan pelbagai barang keperluan harian milik sebuah syarikat membeli-belah terkemuka tempatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Klang menghala ke Sungai Petani sebelum berlanggar dengan bas persiaran berkenaan.

"Bas yang membawa lebih kurang 20 penumpang itu dari Singapura menuju ke Pulau Pinang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kira-kira 10 kilometer daripada tol selepas mengalami kerosakan akibat tali kipas putus.


"Setiba di tempat kejadian, lori itu yang menyangka bas berkenaan mengalami kerosakan merempuh belakang bas menyebabkan kelindannya tersepit di sebelah tempat duduk pemandu," katanya.


Kata beliau, akibat insiden itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan