Utusan Online - Politik |
Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam - Tun M Posted: Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam - Tun MKUALA TERENGGANU 1 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan sikap berdolak dalih Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akhirnya memohon maaf berikutan kenyataannya yang mendakwa kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur asing. Menurut bekas Perdana Menteri, tindakan Setiausaha Agung DAP itu memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu juga hanya dibuat selepas ia dihentam banyak pihak. Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Johor tidak wajar dilakukan kerana ia jelas memandang rendah kepada orang lain. "Maaf atau tidak maaf, saya tak nak persoalkan. Bila orang boo (hentam), baru dia minta maaf, dia pandang rendah pada orang lain. "Saya juga tak nak persoalkan apakah permohonan maaf dia (Guan Eng) itu ikhlas atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kesembilan di universiti itu di Gong Badak dekat sini hari ini. Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan Guan Eng yang meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh rakyat Johor ekoran kenyataannya yang memburuk-burukkan negeri Johor tempoh hari. Mengenai pendirian Pas yang tetap ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Dr. Mahathir menjelaskan, parti itu bukan sahaja menjadikan politik sebagai permainan mereka malah juga agama Islam. Menurutnya, Pas sepatutnya mengambil kira dari segi rasional pelaksanaan hukum hudud itu memandangkan bukan semua penduduk beragama Islam. |
Posted: Pas mahu teruskan hududOleh LEE HOOI BOON SEBAHAGIAN daripada kepimpinan dan ahli Pas pada sambutan Ulang Tahun Ke-60 Pas di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. - MINGGUAN/ISMAIL KAMADIN KEPALA BATAS 1 Okt. - Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau. "Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam. "Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun ke-60 Pas di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali. Dalam pada itu, Nik Aziz memberitahu, pemikiran rakyat di negara ini telah diserap dengan unsur-unsur negatif terhadap hukum hudud sehingga menjadikan mereka prejudis terhadapnya. "Peliknya rakyat Malaysia boleh menerima pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan dadah dan senjata api tetapi membantah hukum hudud. "Hukum hudud tidak menyebabkan orang bersalah mati dan ia bukan sewenang-wenangnya (membenarkan) hakim melaksanakan hukuman mengerat tangan kerana mereka perlu mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan