Harian Metro: Mutakhir |
| 16 nyaris maut, bas ekspres langgar treler Posted: 19 Oct 2011 05:52 AM PDT JASIN: Dua penumpang wanita cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka bersama 14 lagi melanggar belakang sebuah treler di KM 186.4 Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Jasin Superitendan Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Baharu-Singapura.
Kejadian itu menyebabkan seorang penumpang bas patah kaki dan dihantar ke Hospital Tangkak, manakala seorang lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jasin, katanya ketika dihubungi. Beliau berkata 14 lagi penumpang meneruskan perjalanan ke Johor Baharu dengan menaiki bas gantian.
|
| Penganggur dituduh mengedar dadah Posted: 19 Oct 2011 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 159.5 gram, minggu lalu. A Parameswaran,25, didakwa mengedar dadah tersebut di kawasan tangga Blok 4, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, Jalan Lapangan Terbang Lama, Sg Besi, pukul 3.40 petang, 12 Oktober lalu.
Tertuduh berasal dari Matang, Perak didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B (2) akta yang sama membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Tiada sebarang pengakuan dicatatkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin yang menetapkan 19 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Tertuduh yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Badrul juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki pistol tiruan berkenaan tanpa tujuan di lokasi sama pada jam 12.15 tengah hari, 15 Oktober lalu. -Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan