Harian Metro: Mutakhir |
| Mayat lelaki ditemui tersangkut pada tali sauh penyedut pasir Posted: 17 Oct 2011 05:32 AM PDT PASIR MAS: Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada tali sauh penyedut pasir di Sungai Kelantan, Kampung Paloh, Tendong dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui seorang pekerja penyedut pasir di kawasan itu kira-kira 10 pagi tadi.
"Mayat lelaki itu lengkap berpakaian namun tanpa sebarang pengenalan diri. "Berdasarkan keadaan tubuh badan mangsa, kita percaya dia mungkin berusia lingkungan 20-an dan dipercayai lemas lebih daripada sehari," katanya kepada pemberita di sini.
|
| Posted: 17 Oct 2011 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka. KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.
"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat.
"Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak," katanya. Sementara itu, KWSP juga telah melancarkan kempen pengiklanan penamaan sekali lagi mulai hari ini hingga 5 November ini untuk menggalakkan lebih ramai ahli menamakan waris kepada simpanan mereka. Di samping kempen pengiklanan menerusi radio dan media cetak, promosi juga akan dijalankan di kaunter perkhidmatan, melalui Pusat Panggilan serta laman Facebook rasmi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz). Nik Affendi berkata pada suku kedua tahun ini, 4.71 juta ahli menamakan waris mereka berbanding 4.58 juta ahli pada suku pertama tahun ini. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan