Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 14 Oct 2011 11:47 AM PDT KANGAR: "Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit," kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu. Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.
"Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.
|
| Posted: 14 Oct 2011 11:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 15,000 bekas pelatih dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) membanjiri Stadium Hoki Bukit Jalil bagi menyertai perhimpunan 'Kami Anak 1Malaysia'. Program julung kali anjuran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ia diikuti acara Karnival Kami Anak 1Malaysia sebelum berlangsungnya kemuncak program, malam tadi.
"Mengimbas awal pelaksanaan PLKN, kita merangka hasrat untuk menyemai semangat patriotik di kalangan generasi baru dan seluruh rakyat Malaysia.
Najib berkata, beliau mahu program PLKN selama tiga bulan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan