Harian Metro: Mutakhir |
| Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL Posted: 14 Oct 2011 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang disyaki mangsa dera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Kes kanak-kanak itu, yang diselamatkan dan dimasukkan ke HKL sejak Isnin lepas, mendapat perhatian Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang melawatnya di hospital itu hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Tan berkata kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera seorang anggota keluarganya itu akan ditempatkan di rumah perlindungan selepas keluar dari hospital. "Mangsa tidak mahu kembali semula ke rumahnya selepas ini dan dia juga ada menceritakan, akibat terlampau takut, dia pernah berhasrat melarikan diri dari rumah," kata Tan, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
|
| Suami isteri dipenjara dan didenda kerana perdagang wanita Posted: 14 Oct 2011 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dihukum penjara lapan tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan memperdagangkan wanita warga Filipina bagi tujuan pelacuran, dua tahun lalu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Kwong Tuck Choy dan isterinya warga Filipina, Nancy Pahim Nayan Rillera, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 40 tahun, dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu boleh ditambah enam bulan penjara. Ahmad Zamzani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan