Harian Metro: Mutakhir |
| Kedutaan besar Malaysia di Jakarta terus jadi sasaran demonstrasi Posted: 13 Oct 2011 05:11 AM PDT JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia hari ini oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP). Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.
Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telah menghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar. Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Okt ini. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| 10 syarikat Malaysia terjejas oleh banjir di Thailand Posted: 13 Oct 2011 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 syarikat Malaysia didapati terjejas oleh banjir teruk di Thailand. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kebanyakan syarikat itu adalah dalam sektor automotif dan elektrik &
Ribut tropika dan hujan lebat sejak Julai mengakibatkan banjir yang meluas, yang menjejaskan anggaran 2.34 juta orang di sekurang-kurangnya 30 wilayah.
Agensi Berita Thailand melaporkan Perdana Menteri Kittirat Na-Ranong sebagai berkata bahawa krisis banjir yang berlaku sekarang mungkin mengurangkan pertumbuhan KDNK negara itu sebanyak sekurang-kurangnya 0.6-0.9 peratus disebabkan kemusnahan sektor ladang dan perindustriannya yang semakin meluas. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan