Rabu, 12 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pesaka sasar dua pingat emas dari Indonesia

Posted: 12 Oct 2011 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) hanya mensasarkan dua pingat emas pada Sukan SEA Indonesia November ini memandangkan pesilat tuan rumah mempunyai kelebihan bertanding di tempat sendiri.

Pengurus pasukan, Ismail Syed Mohammad, meletakan harapan emas kepada pesilat elit kebangsan iaitu Mohd Fauzi Khalib, Faizal Abdullah, Hafiz Mahari dan Emy Latip memandangkan mereka adalah pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.

"Kita tidak meletakkan sasaran seperti kejayaan pada temasya di Laos pada 2009 dengan mendapat empat emas kerana mengambil kira faktor Indonesia yang merupakan salah satu negara nusantara yang tidak kurang hebatnya dalam acara silat selain Vietnam," katanya pada sidang media di Bukit Jalil di sini hari ini.

Ismail berkata seramai 25 pesilat kebangsaan yang terdiri daripada 16 skuad elit dan sembilan skuad pelapis akan menggalas cabaran negara dalam 18 acara ada

temasya dwitahunan tersebut. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan belanja RM4.7 bilion untuk PLKN sejak 2004

Posted: 12 Oct 2011 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

"Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh," katanya menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah).

Dr Abdul Latiff berkata, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan