Harian Metro: Mutakhir |
| Kanak-kanak dan remaja Malaysia layari internet purata 19 jam seminggu Posted: 11 Oct 2011 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia 8 hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka.
Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web yang diakses mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak "Child Online Protection" di sini hari ini. Shahrizat berkata kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar penembusan internet di negara ini mencatatkan 60 peratus daripada 28.6 juta jumlah penduduk Malaysia pada 2010, dan ia dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang 2015.
|
| Bekalan beras cukup, tidak perlu buat pembelian panik Posted: 11 Oct 2011 03:38 AM PDT PUTRAJAYA: Bekalan beras dijamin mencukupi dan harga tidak akan naik, sehubungan itu rakyat dinasihatkan tidak membuat pembelian panik, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata meskipun negara pengimport utama beras negara iaitu Thailand dilanda banjir teruk, tetapi ia tidak akan menjejaskan bekalan beras negara.
"Jadi tidak perlu untuk membuat sebarang spekulasi atau pembelian panik kerana situasi di Thailand tidak akan memberi kesan secara drastik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Herbs: Extracting Intellectual Property Values From Herbs' di sini hari ini. Noh berkata, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah pun siap menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan