Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 07 Oct 2011 10:24 AM PDT GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin. Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
| Posted: 07 Oct 2011 10:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga kakak penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Siti Norsaida Tarudin atau Saida dengan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri menemui noktahnya selepas sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) dengan nilai ganti rugi RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Bagaimanapun, lafaz cerai yang dibuat pada jam 11.35 pagi itu dilafazkan oleh pegawai mahkamah yang dilantik sebagai hakam (penimbang tara) selepas Mohd Ghazali memilih berbuat demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi. Mahkamah kemudian memutuskan Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, bukan lagi suami isteri dan memerintahkan kedua-dua pihak membatalkan sijil nikah masing-masing di Jabatan Agama Islam.
Ketika mendengar keputusan itu Mohd Ghazali kelihatan sugul manakala Saida kelihatan menangis teresak-esak.
Mohd Ghazali ketika diberi pilihan oleh mahkamah sama ada ingin melafazkan cerai sendiri atau menerusi hakam memohon satu perjanjian dibuat supaya Saida tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap hak penjagaan anak dan harta selepas lafaz cerai itu dibuat.
Bagaimanapun, mahkamah berpendapat selepas bercerai kedua-dua pihak mempunyai hak terhadap anak berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan