Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 01 Oct 2011 10:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Dipukul dan dikurung adalah harga yang terpaksa dibayar seorang lelaki yang beristerikan wanita panas baran, malah kerap naik hantu apabila permintaannya tidak dapat dipenuhi. Dia dipukul kerana tidak mahu melayani nafsu isterinya dan dikurung hanya disebabkan enggan membeli sebotol air mineral di kedai 40 kilometer dari rumah. Itulah nasib Azhar, 46, yang mengimpikan mahligai bahagia melalui perkahwinan ketiganya tetapi menjadi mimpi ngeri kerana isteri mudah mengamuk. "Diherdik dan dihamburkan kata-kata kesat ibarat 'makanannya' kerana hampir setiap hari telinga saya terpaksa menadah cercaannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 01 Oct 2011 10:13 AM PDT SEINGAT CAK, tahun lalu bukan main hangat lagi teman memperkatakan kisah hidup penyanyi popular 1990-an, Zaiton Sameon yang diangkat ke layar perak. Maka, ramailah yang menanti, maklumlah Zaiton bukan calang-calang artis. Pada zaman kegemilangannya, siapa tidak kenal empunya diri yang terkenal dengan suara tinggi dan nyaring. Penampilannya yang seksi sering diperkatakan, malah jadi ikutan pada zaman itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini CAK dengar filem diberi judul Zaiton itu akan memulakan semula penggambaran tidak lama lagi. Khabarnya filem ini akan diarah oleh Esma Danial dan bintang utamanya pula Nurul Abd Wahab. Maknanya, Nurul akan mengambil alih tempat pelakon berwibawa, Mislina Mustafar bagi watak Zaiton Sameon.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan