Isnin, 17 Oktober 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Peniaga Jalan Mahkota terus kerugian

Posted: 16 Oct 2011 05:24 PM PDT

Wilayah

CHANG (depan dua dari kanan)) meninjau longkang tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat di Jalan Mahkota, Kuantan.

CHANG (depan dua dari kanan)) meninjau longkang tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat di Jalan Mahkota, Kuantan.

Masalah banjir kilat belum selesai

KUANTAN: Masalah longkang tersumbat yang menjadi punca kepada banjir kilat dan bau meloyakan terus menghantui peniaga di Jalan Mahkota di sini.

Ia juga menyebabkan sistem saliran di bawah lorong pejalan kaki tersumbat dan menghalang pengaliran air. Setiap kali hujan lebat, mereka terpaksa menghadapi rungutan pelanggan yang tidak selesa ketika berurusan di premis perniagaan yang terbabit dengan masalah itu.

Lebih mengecewakan, masalah itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu walaupun sudah banyak kali peniaga mengadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tinjauan Berita Harian mendapati longkang sebelah kedai mengeluarkan bau dan air bertakung di permukaan jalan jika hujan.

Peniaga, K Vasu, 61, berkata beliau kesal kerana aduan masih tidak menemui jalan penyelesaian dan terpaksa melakukan sendiri kerja pembersihan.
"Bau itu memang meloyakan dan pelanggan pernah keluar tanpa menikmati hidangan walaupun pesanan sudah dibuat kerana tidak tahan dengan bau dibawa angin.

"Saya berharap dapat diselesaikan sebelum musim tengkujuh tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di sini.

Pengurus Sistem Gadaian Islam, Ar-Rahn, Ainun Ismail, 36, masalah banjir kilat itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya kerana mendakwa pernah terserempak dengan ular sawa.

"Saya percaya ular berkenaan keluar dari lubang air yang terletak di hadapan kedai ini yang disambung dari longkang di bawah lorong pejalan kaki.

"Banjir kilat memang menjejaskan perniagaan kerana kami perlu mengeringkan air yang memasuki kedai, sekali gus menyebabkan pelanggan tidak selesa," katanya.

Peniaga permaidani, Salim Anuar, 48, masalah banjir kilat yang berlaku menyebabkannya terpaksa menanggung kerugian mencecah RM20,000 sepanjang empat tahun berniaga di situ.

"Sudah beberapa kali aduan dibuat kepada pemilik bangunan kedai dan mungkin saya akan berpindah ke tempat lain kerana tidak mahu menanggung kerugian berterusan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong, berkata masalah itu akan diajukan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk tindakan susulan.

"Saya minta MPK membuat beberapa lubang di atas lorong pejalan kaki ini bagi penyelenggaraan lebih sistematik dan mengelak masalah itu berlarutan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket sewa kereta seludup minyak

Posted: 16 Oct 2011 05:23 PM PDT

Wilayah

 Noor Janihan   (kiri) bersama anggotanya memeriksa minyak yang  dirampas dalam  operasi UPP di Chuping.

Noor Janihan (kiri) bersama anggotanya memeriksa minyak yang dirampas dalam operasi UPP di Chuping.

PADANG BESAR: Walaupun tiada kereta, kumpulan penyeludup minyak terus bergiat aktif di sekitar negeri ini, kerana kenderaan khusus untuk tujuan itu boleh disewa dengan mudah terus daripada sindiket.

Kadar sewa ditetapkan hanya RM100 sehari, namun golongan penyeludup yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja masih mampu mengaut keuntungan besar, bergantung kepada jumlah trip yang berjaya dilakukan dalam sehari.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan, ketika ditemui mengakui kewujudan aktiviti berkenaan, susulan kejayaan pihaknya membongkar kegiatan penyeludupan bahan api subsidi di Kampung Baru Bukit Chabang, dekat sini sebagai markas transit. Berdasarkan maklumat katanya, kenderaan disewakan itu dikesan siap diubahsuai dengan dilengkapi tangki tambahan dianggar mampu memuatkan sehingga 500 liter die-sel atau petrol.

"Justeru, penyeludup selepas mengisi penuh tangki di beberapa stesen minyak sekitar negeri ini, dianggar mampu mengaut keuntungan mencecah RM60 bagi setiap trip perjalanan dan mereka dikatakan mampu membuat lima hingga enam kali sehari.

"Kita percaya insentif seperti kemudahan sewaan kereta transit oleh sindiket, mendorong pembabitan masyarakat terutama remaja sebagai penyeludup apatah lagi keuntungan diperoleh agak lumayan dengan pendapatan minimum RM300 sehari," katanya di sini, semalam.

Mengulas rampasan terbaru semalam beliau berkata, pihaknya percaya kediaman di Bukit Chabang itu menjadi markas transit bagi aktiviti penyeludupan diesel serta petrol subsidi, susulan penemuan pelbagai peralatan digunakan untuk tujuan pemindahan diesel.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.45 pagi itu katanya, pihaknya merampas dua kenderaan transit termasuk satu daripadanya yang disewa daripada sindiket, manakala dua lelaki berusia antara 20-an dan 30-an dipercayai baru seminggu berjinak-jinak dengan kegiatan itu ditahan untuk tindakan lanjut.

"Selain kereta, kita turut merampas lima tong dram dan satu tong plastik putih berisi 1,115 liter petrol, serta 347 liter diesel dimuatkan ke dalam satu tong dram dan empat tong plastik hitam, dipercayai untuk diseludup. Turut dirampas beberapa peralatan termasuk pam penyedut minyak dengan jumlah rampasan keseluruhan RM20,568," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan