Jumaat, 14 Oktober 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Rahsia Mek Mas terbongkar

Posted: 13 Oct 2011 04:29 PM PDT

Wilayah

MAD Rifin menunjukkan kawasan yang sering jadi tempat pasangan remaja lepak di Kampung Mek Mas dekat Pantai Cahaya Bulan.

MAD Rifin menunjukkan kawasan yang sering jadi tempat pasangan remaja lepak di Kampung Mek Mas dekat Pantai Cahaya Bulan.

Segelintir remaja berasmara di sebalik rimbunan pokok ru di Pantai Cahaya Bulan

KOTA BHARU: Rimbunan pokok ru yang ditanam Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelak tsunami dan hakisan di Kampung Pantai Mek Mas, dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, kini disalah guna remaja sebagai kawasan mereka melakukan maksiat.

Kawasan tanaman ru itu yang mempunyai daun rendang dengan ketinggian antara 15 hingga 20 kaki dikatakan sebagai kawasan selesa dan tersembunyi daripada pandangan orang awam untuk remaja melakukan maksiat. Tinjauan Berita Harian ke Kampung Mek Mas, mendapati pokok ru di kawasan seluas lebih lima hektar itu rendang dengan daunnya yang lebat mencecah tanah, menjadikan kawasan itu tersembunyi walaupun ia berhampiran pantai.

Keadaan itu bagaikan tempat menyeronokkan kepada remaja melempias nafsu atau mengambil dadah.

Tinjauan bersama beberapa penduduk kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKP) menemui botol minuman, mancis, kondom dan tikar buruk, dipercayai digunakan remaja untuk melakukan kegiatan tidak sihat itu.

JKKP Pulau Kundor, Mad Rifin Mamat, 59, berkata beliau sering terserempak pasangan remaja keluar masuk dari rimbunan pokok ru itu.
JKKP Mukim Che Latif, Razali Dollah, 47, berkata beliau kesal dengan segelintir remaja yang dipercayai dari luar kampung datang melakukan maksiat pada hujung minggu.

JKKP Kampung Tikat, Enchek Mohd Zakri Che Omar, 40, berkata dia pernah terserempak pasangan remaja keluar dari rimbunan ru ketika beliau bersama belia mukimnya bersukan.

Penduduk Kampung Mek Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Roslee Maidin, 40, berharap JHEAIK memantau kawasan itu kerana ru itu ditanam untuk mengelak tsunami, namun ia disalahgunakan remaja tidak bermoral.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Perhutanan Kelantan, Azmer Mohamad, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian itu dan meminta kerjasama JKKP Mukim Pantai Mek Mas supaya memantaunya sebelum membuat laporan kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).

Katanya, Pejabat Perhutanan Kelantan membelanjakan lebih RM300,000 bagi menanam pokok rhu di kawasan seluas 21.2 hektar termasuk Pantai Mek Mas, Pulau Kundor, Kota Bharu dan Bachok sejak 2005.

"Tujuan kami ialah untuk menghalang hakisan pantai selain bagi mengelak berlakunya ombak besar tsunami kerana rhu adalah sejenis pokok yang kuat dan boleh menghalang kejadian ombak besar," katanya di sini, semalam.

Azmer berkata, pokok bakau juga di kawasan 87.42 hektar dengan peruntukan RM700,000 iaitu di Pulau Kundor, dekat PCB dan Pantai Geting, Tumpat bagi tujuan sama kerana negeri ini sering terdedah kepada ombak besar dan hakisan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak adil serah tanah kepada kontraktor

Posted: 13 Oct 2011 04:27 PM PDT

Wilayah

PENDUDUK kampung  terkilan kerana tanah yang dimohon sejak sepuluh tahun lalu diberikan kepada kontraktor untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

PENDUDUK kampung terkilan kerana tanah yang dimohon sejak sepuluh tahun lalu diberikan kepada kontraktor untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

Penduduk menetap lebih 50 tahun pernah mohon jadikan kampung tradisional tapi tak dilayan

MIRI: Penduduk Kampung Kuala Sibuti mempertikaikan tindakan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) membenarkan tanah kerajaan berhampiran kampung mereka diberikan kepada syarikat kontraktor tempatan bagi mengusahakan tanaman kelapa sawit.

Tindakan itu disifatkan penduduk kampung berkenaan yang sudah menetap di situ sejak lebih 50 tahun sebagai 'tidak adil' kepada mereka yang lebih awal memohon tanah itu untuk dijadikan kampung tradisional. Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Kuala Sibuti, Ahmad Zaini Rambli, berkata penduduk kampung sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah itu kepada JTS bahagian Miri sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, permohonan berkenaan dibuat bagi membolehkan penduduk kampung yang menetap di Kuala Sibuti, memperluaskan tanah kampung sedia ada.

"Penduduk kampung terkilan dengan tindakan JTS membenarkan tanah berkenaan diusahakan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Kita sudah lama memohon, tetapi permohonan kami tidak dilayan dan sekarang tiba-tiba tanah itu dimajukan untuk tanaman kelapa sawit oleh sebuah syarikat milik bukan Bumiputera," katanya kepada Berita Harian.

Justeru, beliau meminta supaya pihak berkuasa berkaitan menyiasat perkara berkenaan kerana khuatir kemungkinan berlaku penyelewengan.
Ahmad Zaini berkata, penduduk Kampung Kuala Sibuti sepatutnya diberi kelonggaran memiliki tanah berkenaan kerana mereka lebih awal mengemukakan permohonan dan sudah mendiami kawasan itu sekian lama.

"Sekarang tanah berkenaan diberikan kepada pihak lain, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata, tindakan syarikat kontraktor itu membuat longkang tanpa usul periksa juga turut mengakibatkan bekalan air paip yang dibina Jabatan Mineral dan Geosains bagi kegunaan penduduk kampung pecah.

Tindakan itu katanya, menyebabkan penduduk kampung terputus bekalan air yang disalurkan melalui bekalan air paip yang disediakan jabatan itu sejak beberapa hari lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan