Berita Harian: Wilayah |
| JPJ diminta pantau lori muatan berat Posted: 12 Oct 2011 01:53 PM PDT Wilayah PEMANDU lori muatan berat didakwa memandu melebihi had laju ketika melalui jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan. KUANTAN: Gelagat pemandu lori memecut laju terutama di jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan bukan saja membahayakan keselamatan pengguna tetapi menimbulkan kebimbangan jika ia tidak dibendung pihak berkuasa. Keghairahan perlombongan bijih besi sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak lori mengangkut tanah mengandungi bijih besi berulang-alik menggunakan laluan itu untuk ke Pelabuhan Kuantan.Saya melalui jalan itu untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan tetapi kehadiran lori yang dipandu seperti berlumba membahayakan pengguna lain, terutama penunggang motosikal. - Khairulmizan Yahya, Pekerja swasta Kebanyakan lori terbabit mengangkut muatan bijih besi dari sekitar Kuantan, termasuk Maran, Muadzam, Rompin, Jerantut dan Raub menggunakan jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hampir setiap hari.Apa yang membimbangkan ialah sesetengah pemandu lori terbabit memandu terlalu laju dan melebihi had laju dibenarkan. Pekerja swasta, Khairulmizan Yahya, 28, berkata gelagat pemandu lori terbabit boleh mengancam keselamatan pengguna lain. "Saya sering menggunakan jalan ini untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan tetapi kehadiran lori berkenaan yang dipandu laju seperti berlumba boleh membahayakan pengguna lain, terutama pemandu kenderaan kecil termasuk penunggang motosikal. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pemandu lori mematuhi peraturan dan memandu mengikut had kelajuan. Beliau berpendapat pihak berkuasa perlu mengehadkan waktu perjalanan lori terbabit, terutama pada waktu puncak, iaitu pada waktu pagi ketika orang ramai hendak ke pejabat dan pada waktu petang dan ketika pulang. Penduduk, Ahmad Salehan Musa, 38, berkata beliau juga bimbang dengan keselamatan murid sekolah yang berbasikal ke sekolah pada waktu pagi dan petang. Beliau yang menghantar dan mengambil anaknya setiap hari di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rangin berkata, cara pemanduan lori bermuatan berat itu amat membimbangkan kerana ia terlalu laju. "Mereka seperti tidak mengendahkan keselamatan pengguna lain dan berlagak seperti raja jalan. "Bayangkan apa yang akan berlaku jika lori berkenaan yang dipandu laju berselisih dengan murid yang berbasikal ke sekolah, apatah lagi pada musim hujan. "Murid terbabit akan sentiasa terdedah kepada bahaya kemalangan," katanya. |
| Tak halang hasrat pakatan pembangkang Posted: 12 Oct 2011 01:51 PM PDT Wilayah KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) tidak mempunyai sebarang halangan jika pakatan pembangkang terus berkeras membawa isu Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rang undang-undang itu yang diluluskan menerusi undi belah bahagian awal bulan ini, akan dibentangkan di Dewan Negara menjelang penghujung Disember. Mempersoalkan komitmen pembangkang dalam isu itu, Raja Nong berkata, individu yang kuat menentang rang undang-undang itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tiada pada masa pengundian. "Macam mana mereka kata komited dalam isu itu (jika yang menentang ) tetapi tiada masa pengundian. Apa yang penting ialah kehendak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru. Isu politik perlu dielakkan kerana kerajaan ikhlas memajukan tanah dan ekonomi orang Melayu."Di Wilayah Persekutuan sendiri, masih banyak tanah kerajaan untuk kita bangunkan, tak perlu bersusah-payah mengambil tanah Melayu di Kampung Baru, tetapi ini dilakukan demi kepentingan orang Melayu di situ," katanya selepas merasmikan Program Mini Konvokesyen Lembah Pantai anjuran KEMAS Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri Pengarahnya, Khairudin Mohd Nasir. Seramai 290 kanak-kanak daripada 26 taman bimbingan kanak-kanak di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sijil dalam majlis di Pusat Komuniti Lembah Pantai, di sini. Raja Nong Chik berkata mengulas laporan sebuah portal akhbar Selasa lalu yang memetik Anwar sebagai berkata akan membawa isu rang undang-undang berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana dikatakan menyentuh isu kepentingan dan masa depan orang Melayu Kampung Baru.
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan