Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 11 Oct 2011 02:48 PM PDT Wilayah ROSLAN menunjukkan Jalan Seri Bandi ke simpang Jalan Jerangau-Jabor yang perlu diturap semula. CHUKAI: Orang ramai yang menggunakan Jalan Seri Bandi ke persimpangan Jalan Jerangau-Jabor, meminta pihak berkuasa berkaitan membaiki laluan sepanjang dua kilometer di kawasan itu yang rosak teruk sejak dua tahun lalu kerana keadaannya berbahaya kepada pengguna. Tinjauan Berita Harian mendapati jalan itu tidak diselenggara dengan baik menyebabkan orang ramai yang melaluinya terdedah kepada bahaya, sama ada jatuh ke lubang atau dirempuh kenderaan lain dari arah bertentangan yang masuk ke laluan mereka ketika mengelak lubang.Sebelum ada nyawa melayang, saya merayu kontraktor terbabit menyelenggara dan membaik pulih jalan berkenaan untuk kemudahan rakyat. - Mohd Sabri Ali, Penduduk Penduduk Seri Bandi, Roslan Omar, 46, berkata hampir setiap hari dia melalui jalan itu ke tempat kerja dan sentiasa bimbang dengan keselamatannya tetapi terpaksa melaluinya kerana tiada pilihan lain."Pihak berkuasa pernah menghantar kontraktor untuk kerja penyelenggaraan dengan menampal berpuluh-puluh lubang tetapi tidak tahan lama kerana ia rosak semula akibat banyak kenderaan berat menggunakan laluan berkenaan. "Jadi, kerosakan jalan itu sebenarnya tidak boleh sekadar ditampal saja, sebaliknya ia perlu ditarah dan diturap semula secara keseluruhan," katanya. Pengusaha ladang, Zakaria Salleh, 50, berkata pengalaman melalui jalan itu sangat merimaskan tetapi penduduk tiada pilihan kerana ia satu-satunya laluan mudah mereka ke kawasan luar menerusi Jalan Jerangau-Jabor, sama ada ke Kuantan atau Kuala Terengganu. Seorang lagi penduduk, Mohd Sabri Ali, 46, berkata dia sering melalui jalan itu untuk menziarah ibunya di Kampung Sungai Timah walaupun sedar terpaksa bersusah payah dan terdedah risiko bahaya setiap kali sampai di situ. "Banyak kenderaan termasuk lori yang tidak teragak-agak meredah laluan bertentangan untuk mengelak lubang atas jalan walaupun tahu pengguna lain termasuk penunggang motosikal ada di laluan berkenaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia terpaksa mengelak hingga ke tepi longkang dan setakat ini banyak kenderaan terbabas di situ walaupun belum ada yang meragut nyawa. "Sebelum ada nyawa melayang, saya merayu kontraktor terbabit menyelenggara dan membaik pulih jalan ini untuk kemudahan rakyat," katanya. |
| Posted: 11 Oct 2011 02:45 PM PDT Wilayah Jumlah rizab bekalan air hanya pada kadar tiga hingga lima peratusSEPANG: Empat kawasan di sekitar Lembah Klang kini mula mengalami kekurangan bekalan air atau "water stress" berikutan permintaan bekalan air yang meningkat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (KL). Empat kawasan berkenaan ialah sekitar Hulu Langat, Petaling Jaya, KL Selatan dan Klang berikutan pertambahan mendadak kawasan perumahan dan perniagaan. Pengarah Eksekutif Projek Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Sanusi Sulieman, berkata secara keseluruhan, kapasiti pengeluaran bagi 33 buah Loji Rawatan Air di Lembah Klang berjumlah 4,326 juta liter sehari sedangkan permintaan kini mencapai 4,197 juta liter sehari."Ini bermakna jumlah keseluruhan rizab bekalan air hanya pada kadar tiga hingga lima peratus bergantung kepada penggunaan harian. "Kita memerlukan minimum 10 peratus kapasiti rizab bagi menampung keperluan pengguna pada waktu puncak, selain mempercepatkan tempoh pemulihan selepas berlaku gangguan bekalan air," katanya kepada pemberita selepas Perbincangan Meja Bulat 2011, "Situasi Pembekalan Air Semasa di Selangor, KL dan Putrajaya pada masa kini" di sini, semalam. Perbincangan itu anjuran FOMCA bersama Persatuan Pemantauan Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W), Forum Air Malaysia dan Persatuan Air Selangor, KL dan Putrajaya (SWAn).
"Dengan keadaan rizab bekalan yang kurang dan ditambah dengan projek pemindahan air yang masih belum siap, kemungkinan masalah kekurangan bekalan air di tiga kawasan itu tidak dapat dielakkan," katanya. Katanya lagi, semua projek pembangunan dan perumahan baru di Selangor, KL dan Putrajaya, akan terjejas sekiranya masalah bekalan air tidak diatas segera. "SYABAS berada dalam dilema apabila ada permintaan untuk projek pembangunan seperti pembinaan kilang dan juga projek perumahan, kerana rizab yang terlalu sedikit, menyukarkan kita memberi komitmen membekalkan air mencukupi kepada projek berkenaan. "Sekiranya berterusan, kita bimbang ia akan memberi kesan bukan saja kepada pengguna malah ekonomi negara," katanya. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, N Ratnadewi berkata, semua pihak terutama kerajaan Selangor harus mengetepikan soal politik dalam mencari penyelesaian kepada masalah bekalan air demi rakyat dan pembangunan negara. "Air adalah satu keperluan asas. Justeru, kita berharap masalah bekalan air yang semakin kritikal ini dapat diatasi segera dengan memikirkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara," katanya. Beliau berkata, memorandum hasil perbincangan itu akan dihantar ke semua pihak berkepentingan dalam usaha memastikan masalah bekalan air di tiga kawasan ini dapat diselesaikan segera. INFO: Bekalan air |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan