Berita Harian: Nasional |
| Anugerah Merdeka iktiraf bakat belia 2012 Posted: 10 Oct 2011 02:45 PM PDT Nasional NAJIB bersalam dengan penerima anugerah Merdeka 2011 (dari kiri) Prof Dr Mak Joon Wah, Prof Datuk Dr Goh Khean Lee dan Datuk Dr Kenneth Yeang. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa, iaitu satu program baru Anugerah Merdeka yang akan diperkenalkan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pada peringkat permulaan seorang penerima rakyat Malaysia berusia 22 hingga 35 tahun yang layak akan menerima geran pada 2012 dan diikuti dua penerima pada setiap tahun bagi menggalak, membangun dan mengembangkan bakat di kalangan generasi muda. Beliau berkata, geran itu khusus kepada graduan lepasan ijazah daripada bidang terpilih seperti pendidikan, seni, sukan, komuniti dan kerja sosial, alam sekitar, kesihatan dan sains teknologi."Dengan inisiatif ini, penganjur berhasrat untuk mengenal pasti dan mengiktiraf kecemerlangan bakat generasi muda atas semangat merdeka dan juga komitmen mereka dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan pembangunan negara. "Generasi muda adalah masa depan kita dan adalah penting untuk kita beri tunjuk ajar dan sediakan mereka peluang dan kemudahan bagi mereka meneruskan minat di institusi global," katanya pada majlis Anugerah Merdeka 2011 di Dewan Filharmonik Menara Berkembar Petronas di sini, malam tadi. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Dua pakar itu yang berkongsi kemenangan bagi kategori Pencapaian Akademik Cemerlang ialah Prof Datuk Dr Goh Khean Lee dan Prof Dr Mak Joon Wah.
Dr Goh, dipilih berdasarkan sumbangan cemerlang dalam meningkat kajian dan amalan gastroenterologi dan hepatologi di Malaysia untuk piawaian global, manakala Dr Mak untuk asas cemerlang dan penyelidikan gunaan dalam parasitologi dan penyakit berparasit, kesihatan awam dan patologi. Pemilihan Dr Kenneth pula atas sumbangan cemerlang bagi pembangunan kaedah rekaan untuk reka bentuk ekologi dan perancangan persekitaran binaan. Full content generated by Get Full RSS. |
| Pengunjung berpeluang temui artis, selebriti Posted: 10 Oct 2011 02:38 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mengunjungi Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat di Dataran Bentong, Pahang, dekat sini, Sabtu ini berpeluang menyertai acara sukaneka bersama tetamu khas dan artis.Ketua Pegawai Eksekutif MY Sihat, Dr Yahya Baba, berkata selain cabaran berjalan kaki 10,000 langkah sejauh 6.5 kilometer, pelbagai acara sampingan termasuk sukaneka dan aktiviti pentas disediakan untuk memeriahkan karnival ini. Katanya, program membabitkan lima segmen iaitu senaman, sukan, jualan, pameran dan hiburan menjurus kepada matlamat utama iaitu mengajak masyarakat menjadikan senaman rutin harian untuk kehidupan lebih sihat. "Gaya hidup serba ringkas hari ini menyebabkan ramai mengabaikan kepentingan senaman dan jarang memikirkan kesan pengambilan makanan yang mendedahkan kepada risiko penyakit berbahaya."Kita mampu mengurangkan risiko penyakit dengan melakukan senaman dan paling mudah ialah berjalan kaki khususnya untuk jarak dekat serta dalam aktiviti harian seperti menggunakan tangga berbanding lif," katanya. Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) disokong Berita Harian dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bentong. Karnival di Dataran Bentong pada 15 Oktober ini penganjuran kali kedua dan mensasarkan penyertaan 5,000 peserta di kalangan pelajar sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.
Karnival ini pertama kali diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya, pada 23 Julai lalu disertai aktres Rozita Che Wan, penyanyi Farhan serta bakat baru, Tasha Shila, Zain Saidin dan penyampai Era, Zarith Adzmira Mohd Amin. Yahya berkata, aktiviti berjalan kaki dalam tempoh sederhana menggunakan tenaga membakar kalori dan lemak yang menjadi punca banyak penyakit. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan