Berita Harian: Nasional |
| 3 bersahabat rai kerja baru maut Posted: 08 Oct 2011 08:15 AM PDT Nasional ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Batu 16 1/2 Sungai Tiram, Ulu Tiram, pagi semalam. ULU TIRAM: Kegembiraan tiga sahabat yang baru sehari bekerja di tempat baru berakhir tragedi apabila kereta dinaiki bertembung sebuah lori pasir menyebabkan mereka terbunuh dalam kemalangan di Jalan Batu 16 1/2 Sungai Tiram, dekat sini, pagi semalam. Mohamad Faiz Ahmad Tahir, 18; Mohamad Khairuddun Karimi, 21, dan Mohamad Nazri Zulkifly, 20, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 9.20 pagi itu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta Proton Wira dipandu Mohamad Faiz dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang baru sehari bekerja di sebuah kilang dekat Taman Desa Cemerlang, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sungai Tiram.Dalam perjalanan pulang, kereta mereka bertembung sebuah lori pasir dari arah bertentangan menyebabkan ketiga-tiga mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, katanya. Beliau berkata, pemandu lori hanya cedera ringan, manakala mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat. Sementara itu, adik Mohamad Nazri, Mohamad Faiz Zulkifly, 17, yang ditemui di HSI, tidak menyangka abangnya yang gembira bekerja di tempat baru, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.
Saya hanya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam). Saya tidak sangka abang Nazri sudah tiada, katanya. |
| Posted: 08 Oct 2011 08:10 AM PDT Nasional PM beri penjelasan ketiadaan cukai tembakau baru dalam Bajet 2012SUNGAI BULOH: Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam Bajet 2012 bagi mengelakkan peningkatan penggunaan rokok haram yang kini mencecah 40 peratus, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram sudah terlalu tinggi. Bagaimanapun, kerajaan boleh menimbangkan kenaikan (harga rokok) pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Nurani Rakyat, Sayangi Selangor Bersama Perdana Menteri di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kundang dekat sini, semalam. Mengenai kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, bahawa Bajet 2012 tidak banyak memberi keistimewaan kepada pekerja swasta, beliau berkata, kebajikan mereka terpulang kepada rundingan pihak berkenaan dengan majikan swasta.Kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak swasta tetapi kita berharap melalui rundingan, terutama apabila kita sudah mewujudkan mekanisme untuk menentukan badan gaji minimum, mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan, katanya. Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan yakin unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara lima hingga enam peratus dalam Bajet 2012 mampu dicapai berdasarkan senario ketika ini, terutama sekiranya projek kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi berjaya dilaksanakan mengikut jadual. Katanya, ini berikutan Malaysia memiliki permintaan domestik yang kukuh serta penstrukturan semula jumlah dagangan negara di mana perdagangan dengan ASEAN serta Asia Timur meliputi 46 peratus daripadanya, manakala Eropah dan juga Amerika Syarikat pula masing-masing hanya sembilan dan 10 peratus, namun tidak menolak keadaan mungkin menjadi berbeza jika ekonomi merudum sehingga menjejaskan seluruh dunia. Katanya, beliau juga akan berbincang dengan syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) supaya dapat dibina laluan bagi membolehkan kenderaan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang, berikutan ketika ini hanya ada jalan sehala untuk kenderaan dari Kundang memasuki LATAR. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensri siantan penguatkuasaan yang lemah mjd punca permintaan rokok seludup meningkat. perokok di tempat yg dilarang tak diambil tindakan, menjual rokok kpd remaja menyebab perokok bertambah, penyeludup semakin berani krn boleh lepas dgn mudah. Syyafi tak hisap rokok Hisap rokok memang haram. Rokok haram ke rokok halal ke tetap haram. El hafeez Tiada kenaikan harga arak dan rokok.
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan