Berita Harian: Nasional |
| Media diajak bantu transformasi Posted: 18 Oct 2011 09:42 AM PDT Nasional NAJIB menyampaikan replika cek sambil diperhatikan Muhyiddin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada bapa Allahyarham Noramfaizul, Mohd Nor Md Yassin pada majlis Malam Media Perdana 2011, di Dewan Felda, Kuala Lumpur, malam tadi. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta media bersama-sama membantu kerajaan memperkukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, sekali gus menjayakan transformasi yang sedang dilaksanakan. Perdana Menteri berkata, kerajaan berdepan pelbagai cabaran untuk menguruskan sebuah masyarakat lebih terbuka, liberal dan progresif yang mewujudkan demokrasi yang lebih moden. Katanya, menerusi perubahan dan transformasi ekonomi dan politik yang giat dilaksanakan, masyarakat diharap dapat mengecapi keamanan dan kestabilan serta kemakmuran negara. Namun, beliau juga berharap media berhati-hati supaya tidak menyemarakkan api perkauman, bertindak semata-mata atas perhitungan kumpulan tertentu dalam masyarakat sehingga membawa kesan negatif kepada masyarakat dan kesejahteraan negara.Peranan media asing juga tidak dinafikan turut bertanggungjawab menjana perubahan kepada masyarakat lebih moden dan progresif. Semua media, termasuk media asing bertanggungjawab melaporkan kepada masyarakat secara tepat dan penuh tanggungjawab, katanya pada majlis Malam Media Perdana 2011, di Dewan Felda, di sini malam tadi. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Majlis turut dihadiri menteri Kabinet.
Cek sumbangan RM425,933 daripada pihak insurans dan sumbangan orang ramai disampaikan kepada bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin. Najib turut menyerahkan sumbangan peribadi RM11,000 kepada jurugambar TV3, Aji Siregar Mazlan, 26, yang cedera dalam kejadian itu.
|
| Najib, Susilo bincang isu 2 hala Posted: 18 Oct 2011 09:41 AM PDT Nasional PUTRAJAYA: Rundingan tahunan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Lombok, Indonesia selama dua hari mulai esok, dijangka mampu meleraikan isu pembekuan penghantaran pembantu rumah dari negara itu yang tertangguh sejak 2009.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata ia kerana selain pemimpin tertinggi dari kedua-dua negara, rundingan itu turut disertai beberapa menteri Kabinet termasuk beliau sendiri. "Indonesia mempunyai sebab tersendiri kenapa belum menarik balik langkah membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia dan kemungkinan ia satu keputusan politik, menyebabkan masa lama diambil untuk memutuskannya. "Namun, Malaysia berharap rundingan membabitkan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah ini," katanya kepada media di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Indonesia yang belum menamatkan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia walaupun perjanjian persefahaman (MoU) mengenainya sudah ditandatangani pada 30 Mei lalu di Bandung, Indonesia. Antara lain, memorandum itu menetapkan bayaran pengambilan pembantu rumah RM4,511; pemberian cuti sehari dalam seminggu, satu kontrak kerja yang standard, penetapan kadar gaji mengikut pasaran dan hak memegang pasport oleh pembantu rumah. Manakala majikan pula berhak mendapat pengganti atau pengembalian wang pendahuluan jika pekerja tidak lulus pemeriksaan kesihatan atau lari dalam tempoh enam bulan.
Bagaimanapun, beliau difahamkan negara jiran itu masih menunggu tarikh sesuai berbuat demikian. Sementara itu, mengulas keputusan Kemboja membekukan penghantaran pembantu rumah dari negara itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan berhubung isu itu termasuk kemungkinan menandatangani MoU mengenai pengambilan pembantu rumah dari negara berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan