Isnin, 17 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pacu industri penerbangan: PM

Posted: 17 Oct 2011 05:29 PM PDT

Nasional

NAJIB dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha  bersama  penerima   lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kalangan anak warga FELDA selepas merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia  di KLIA,  semalam.

NAJIB dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama penerima lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kalangan anak warga FELDA selepas merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia di KLIA, semalam.

Dasar Penerbangan Kebangsaan digubal perkukuh ke tahap lebih tinggi

SEPANG: Dasar Penerbangan Kebangsaan akan digubal tidak lama lagi dalam usaha kerajaan memperkukuhkan lagi industri penerbangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan beberapa sesi perbincangan dan rundingan dengan pihak berkaitan. Justeru, beliau melahirkan keyakinannya bahawa dasar berkenaan mampu memacu industri penerbangan negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Dasar Penerbangan Kebangsaan akan menjadi satu dasar komprehensif yang mengambil kira segala aspek berkaitan industri penerbangan, objektif dan strategi jangka panjang bagi memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan.

"Bagi tujuan itu, pengumuman mengenai dasar ini hanya akan dibuat selepas mengambil kira pandangan dan kepentingan semua pihak," katanya ketika merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Ia sebagai menyambut ulang tahun ke-100 sejak penerbangan pertama direkodkan di Malaya pada 1911. Turut diadakan sempena majlis itu ialah penyampaian lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kepada anak warga FELDA.
Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai kerjasama antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang bertujuan memastikan kelangsungan industri penerbangan tempatan pada peringkat antarabangsa.

"Seperti semua pihak maklum, landskap industri penerbangan tempatan turut mengalami perubahan dan ia bertujuan meningkatkan daya saing MAS bagi tempoh jangka panjang.

"Bagi AirAsia pula, kerajaan mahu syarikat itu terus kekal sebagai peneraju sektor penerbangan tambang murah.

"Justeru, kerajaan sentiasa memantau perkembangan dalam industri ini, bagi mengukuhkannya dalam pelbagai aspek," katanya.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri mendapat pengiktirafan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) serta Majlis Pelancongan dan Pengembaraan Dunia (WTTC) berikutan perkembangan pesat industri pelancongan Malaysia yang kini berada di tangga kesembilan ranking pelancongan global.

Najib yang menerima Surat Terbuka itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Dr Taleb Rifai di Parlimen, adalah ketua negara kelima dari Asia selepas pemimpin Indonesia, Jepun, China dan Korea menerima Surat Terbuka daripada UNWTO dan WTTC.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia tawar tukar tahanan

Posted: 17 Oct 2011 05:27 PM PDT

Nasional

Kita harap tiga 'negara sumber' setuju elak kesesakan di depoh imigresen

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memberi keutamaan melakukan proses pertukaran tahanan dengan "negara sumber' tenaga kerja asingnya seperti Indonesia, Bangladesh dan Myanmar bagi mengurangkan kesesakan di depoh tahanan Imigresen seluruh negara.

Langkah itu dibuat berasaskan hubungan baik Malaysia dengan negara terbabit dan sejajar pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P yang berjaya mendaftarkan 2.3 juta warga asing di negara ini, termasuk 1.3 juta PATI. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata program pertukaran tahanan itu juga sebahagian proses pemutihan di bawah Program 6P yang bertujuan menguruskan dan mengawal pergerakan warga asing di negara ini.

Katanya, melalui program itu, pendatang Myanmar yang ditahan di depoh tahanan kerana kesalahan seperti berada di negara ini melebihi tempoh dibenarkan, akan dibebaskan dan dihantar pulang manakala Myanmar pula akan menghantar tahanan Malaysia di Myanmar pulang.

"Ada kira-kira 1,000 tahanan Myanmar yang ditahan di depoh Imigresen atas pelbagai kesalahan, kita akan buat pertukaran tahanan, tetapi jumlah rakyat Malaysia yang terbabit masih belum diketahui," kata Hishammuddin selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Myanmar, Maung Myint di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata program pertukaran tahanan itu juga dilakukan dengan negara lain seperti Australia, Arab Saudi dan China.
Hishammuddin berkata, hasil pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama membabitkan agensi berkaitan untuk membincangkan isu berbangkit, termasuk program pertukaran tahanan, masalah warga Myanmar yang mempunyai status pelarian di negara ini selain pelaksanaan Program 6P.

Katanya, melalui Program 6P itu, seramai 257,000 warga Myanmar, termasuk 144,098 PATI Myanmar didaftarkan di bawah program pemutihan warga asing yang juga bertujuan membanteras jenayah rentas sempadan.

"Malaysia dan Myanmar juga memberi komitmen untuk memerangi sindiket antarabangsa, termasuk jenayah pemerdagangan orang dan kita akan bekerjasama dengan agensi risikan berkaitan bagi menangani masalah ini," katanya.

Ditanya mengenai tarikh pelaksanaan program pertukaran tahanan antara Malaysia-Myanmar, Hishammuddin berkata, perkara itu akan diputuskan jawatankuasa bersama yang akan bertemu minggu depan.

Katanya, Malaysia juga menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Kerajaan Myanmar berhubung kes pemalsuan dokumen perjalanan warga Myanmar selepas 13 kes seumpama dikesan sehingga Ogos tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan