Berita Harian: Nasional |
| Realisasi kaedah agihan kerusi Posted: 16 Oct 2011 04:24 PM PDT Nasional Parti komponen BN anggap tepati perubahan semasa landskap politik negaraKUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN) bersedia untuk merealisasikan pelarasan dan penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menyifatkannya menepati perubahan semasa landskap politik negara. Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata parti itu tiada sebarang masalah atau halangan untuk membincangkan perkara berkenaan demi memastikan perjuangan BN mencapai kejayaan pada pilihan raya akan datang. "MIC bersikap terbuka untuk membincangkan perkara itu... kita sudah bersedia dan tiada sebarang masalah mengenainya," katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, berkata memang sudah tiba masanya BN melakukan pelarasan dan penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi untuk meraih semula kepercayaan rakyat yang menginginkan calon berkelayakan serta berkualiti. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, menyambut baik usaha itu tetapi berpendapat akar umbi parti perlu dimaklumkan lebih awal sekiranya calon `payung terjun' dipilih untuk bertanding pada PRU-13 bagi membolehkannya diterima oleh semua pihak. Di SEREMBAN, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memberi jaminan MCA bersikap terbuka untuk sebarang rundingan mengenai peruntukan kerusi di kalangan parti komponen BN dengan berpegang kepada prinsip menyokong mana-mana calon boleh menang.
Di KUCHING, Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, berkata pelarasan dan penyesuaian formula pembahagian kerusi itu memang perlu bagi mengelakkan BN mengulangi kekalahan banyak kerusi pada PRU yang lalu. "Bagaimanapun, saya berpendapat ia lebih relevan dilakukan di Semenanjung kerana ia tidak memberi kesan ketara kepada kita di negeri ini berdasarkan rekod semasa," katanya. Di PUTRAJAYA, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pelarasan dan penyesuaian formula pembahagian kerusi akan membolehkan BN memperoleh kemenangan lebih besar. "Semua parti komponen harus bersikap terbuka dan tidak boleh lagi bergantung kepada tradisi lama untuk menuntut kuota, sebaliknya perlu menerima sesiapa saja menjadi calon, termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mampu memberi kemenangan kepada BN," katanya. Di KUALA BERANG, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menyifatkan langkah itu akan memantapkan lagi kekuatan seluruh parti komponen BN tetapi pembahagian kerusi perlu memberi fokus kepada kepentingan yang boleh diterima pengundi. Di KOTA BHARU, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata proses pelarasan dan penyesuaian formula pembahagian kerusi adalah biasa untuk persiapan menghadapi PRU dan pihaknya secara umum tiada masalah berhubung perkara itu. |
| BN ajak Azizan sokong Akta Murtad Posted: 16 Oct 2011 04:23 PM PDT Nasional MB Kedah masih gagal nyatakan pendirian sokong atau tolak cadangan Mufti PerakALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah semalam, meminta Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi sokongan terhadap cadangan penggubalan Akta Murtad bagi menghukum mereka didapati bersalah memurtadkan umat Islam di negara ini. Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Azizan masih gagal menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak cadangan dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disokong Pemuda PAS Perak dan Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad. Sehubungan itu, katanya, BN Kedah mempersoalkan sama ada PAS Kedah tunduk kepada tekanan DAP atau bimbang mengenai undi masyarakat bukan Islam terhadap parti itu terjejas pada pilihan raya umum nanti.Katanya, PAS Kedah tidak mempunyai alasan tidak mahu menyokong akta itu kerana ia bersifat pencegahan menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang aktiviti memurtadkan orang Islam. "Sepatutnya kerajaan Kedah pihak yang terawal menyatakan pendirian menyokong akta itu selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan UMNO negeri di sini, semalam. Cadangan itu juga mendapat sokongan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerjasama daripada PAS bagi melindungi akidah umat Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Katanya, sikap berdiam diri yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi PAS setiap kali ditegur atau didesak oleh DAP menunjukkan parti itu bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam. "Jika mereka benar mahu berjuang mengenai hukum hudud, mereka tidak perlu takut dengan desakan DAP sebaliknya terus dengan agenda mereka melaksanakan hukum itu, tetapi kini, bila DAP kata mereka berkeras tidak setuju, pemimpin PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semua mengambil langkah berdiam diri. "Ini contoh jelas menunjukkan pemimpin PAS kini hanya mahu sekadar mencari publisiti murahan demi kepentingan parti itu bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat di negara ini, " katanya ketika di hubungi semalam. Johari berkata, gimik yang cuba ditunjukkan PAS ini perlu diperhalusi setiap penyokongnya kerana dikhuatiri akan terpedaya dengan perjuangan yang hanya bersandar kepada motif politik semata-mata. "Saya mahu penyokong PAS tengok dan faham semua ini, sekarang ini banyak perkara yang membabitkan Islam terutama yang berlaku di Selangor (apabila ada cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, " katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan