Berita Harian: Nasional |
| Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG Posted: 15 Oct 2011 04:10 PM PDT TUMPAT: Ibu bapa pelajar sekolah yang kurang berkemampuan perlu diberi pengecualian membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengelakkan mereka dibebankan bayaran untuk anak masing-masing. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan. "Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan. "Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan," katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang. Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012. Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah. "Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat mungkin," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmazlan Kalau murid miskin dikecualikan yuran, murid yang berkemampuan dikenakan yuran, dianggap tidak adil. Segala aktiviti yang dijalankan di sekolah, dilibatkan semua tidak kira kaya atau miskin., Tugas ibubapa perlu menyediakan kewagan untuk persekolahan anak-anak mereka. Bimbang jika dikecualikan yuran PIBG, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan mendakwa tidak mampu untuk bayar. sedangkan di rumah mereka ada yang pasang astro, yuran sekolah tak mampu bayar. Bila datang mesy PIBG, pakaian selekeh dipakai, di luar berkereta mengalahkan guru. Kesimpulan ibu bapa yang mahukan anaknya berjaya hendaklah berkorban harta benda sikit. Jangan mengharapkan bantuan percuma sahaja. Ibuabapa dulu-dulu lagi susah, yuran wajib kena bayar, tetapi mereka mengikat perut untuk memastikan wang persekolahan tidak tertunggak. Cuba lah baca biografi tokoh-tokoh berjaya sekarang ini, mereka bermula dari ibu bapa yang miskin, tetapi kesngguhan mencari wang persekolah menjadi keutamaan mereka. Jadi jangan seperti beri betis nak peha. Yuran tahunan dimansuh, yuran PIBG pula yang kecualikan. Bukan tak nak free, tapi berpada-padalah. Wang yuran itu untuk kegunaan murid-murid juga. fikir-fikirlah wahai insan yang budiman. nina Jika semua PERCUMA, akan semakin naik lemak ler pelajar dan ibu bapa. Sokong komen dari Maya.. itu hakikat yg dihadapi oleh sek. Aktiviti perlu dilaksanakan.bukan 1 aktiviti tapi bermacam2 lagi... Contoh, sukan tahunan, memerlukan perbelanjaan yg bukan sedikit. guru terpaksa mencari dana lain. adakah itu skop kerja kami? bagi sy, yuran PIBG tidak membebankan golongan miskin kerana hanya dibayar sekali shj.. tk boleh bayar sekaligus, byr sedikit2... peruntukan dari kerajaan tidak byk.. sek akan menghadapi masalah utk jalankan xtvt yg diminta oleh KPM. Ini amat menyusahkan sekolah... org di KPM ada ke terfikir masalah kami di sek? pemimpin semasa mengeluarkan cadangan, adakah tahu keadaan di sek? turunlah ke sek, lihat keadaan sek. jgn disebabkan utk mengambil hati pengundi, semua nk bg PERCUMA. richiko saya amat bersetuju dengan komen yang di berikan oleh maya....minta baca dan fahamkan kenyataan yang diberikan oleh maya tadi..memang betul dan itulah realitinya...jangan beri pendidikan percuma kepada keluarga yang susah...kenakan yuran yang sepatutnya..baru mereka menghargai betapa pentingnya pelajaran bagi mengubah hidup keluarga di masa depan...jika keluarga susah ini hendak dibantu...bantu dengan cara lain..seperti bantuan di rumah..makan di rumah..kenderaan untuk ke sekolah...jangan beri bantuan percuma kepada pelajaran...cikgu-cikgu nak buat kelas tambahan percuma pun fikir 2..3..kali...minyak kereta tak boleh isi dengan air...masa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit....yuran sekolah dan
Yusaini Ali (ydp pibg sktbm) Selepas tiga tahun menjadi ydp pibg, mmg sukar melaksanakan aktiviti utk kepentingan murid2 jika kantung PIBG kurang, timbalan menteri ni selalu bercakap soal PIBG yg mengenakan yuran (sumbangan) kpd PIBG tetapi siapa yg melihat perjalanan dan aktiviti pIBG? Adakah sebarang bantuan dari kerajaan? Untuk melahirkan pelajar yg cemerlang ibu bapa juga perlu berkorban, kalau d semai mentaliti percuma seumur hidup, bila kita nak bersaing? Kenapa ibu bapa SjKc tak mempunyai masalah walaupun beratus dan beribu sumbangan d minta? Kita d sekolah kerajaan ni hanyalah purata rm50 setahun, berat sangatkah sedang ibu bapa boleh membayar astro rm100 sebulan atau gelang dua tiga urat. Apalah nilai RM50 hari ini, janganlah kerana mengejar undi, rakyat dimanjakan hingga lupa tanggungjawab memberi pelajaran dan keperluan anak2. Eleanor saya tidak setuju.setakat nak bayar yuran PIBG tak boleh.bagaimana nak jalankan aktiviti sekolah dan sebagainya?beli handphone untuk anak,boleh.takkan nak bayar yuran PIBG tak boleh? MOHD NIZAM BIN ZAINAL Tahniah Kerajaan di bawah pentadbiran Dato Najib kerana memansuhkan yuran sekolah. Tapi dijangka Yuran PIBG pula naik berikutan yuran sekolah tiada. Kerajaan perlu pantau yuran PIBG sekolah yang ade sesetengah tinggi dan membebankan ibu-bapa. Ada juga ibu bapa kena beli buku tambahan dan buku berkenaan tidak digunakan sangat. Ini kerana ada guru suruh beli padahal buku teks dan latihan sudah dibekalkan. Adakah guru nak jadi penjual buku dan mengaut keuntungan.
Cikgu Pian Saya amat bersetuju yuran PIBG dikecualikan kepada pelajar miskin, yuran sek dah free tetapi yuran PIBG masih ada, kutipan yuran PIBG berbeza beza setiap sekolah, ada kutip setiap bulan ada kutip tahunan. ini membebankan pelajar miskin. mohon di kecualikan. syed imran saya setuju ,tapi kerajaan wajib menambah peruntukan pada sekolah terbabit, kerana banyak sekolah yg mempunyai pelajar miskin yg ramai akan terkonkong dengan bajet yg terhad. Afrin Yuran PIBG amat diperlukan untuk menampung peruntukan daripada KPM yang terhad terutamanya utk photostat dan kertas untuk latih tubi. Bagi sesetengah panitia, PCG yang ada hanya cukup untuk cetak kertas soalan 4 kali setahun. Program nak 'grand', tetamu nak 'somebody', tabung PIBG antara sumber yang banyak membantu. Berkenaan dengan perbagai bantuan percuma ni, yang kaya pun mengaku susah.. macamana nak berkat?? Amran saya bersetuju dengan cadangan kementerian pelajaran malaysia yuran PIBG dikecualikan, kerana sesetengah sekolah ada mengenakan bayaran yuran PIBG sehingga RM 50 dan lebih bagi seorang pelajar untuk sesebuah sekolah. saya mempunyai 8 0rang tidak termasuk ibubapa,4 orang bersekolah disekolah yang berlainan tempat. hampir Rm 200 setahun untuk membayar yuran PIBG tersebut. Bukannya pelajar miskin tidak sedar diri dan tak mampu membayar yuran PIBG tetapi pihak sekolah perlu meneliti maklumat pribadi pelajar yang diisi olen ibubapa kepada pengurusan sekolah. oleh itu pihak sekolah dan guru sepatutnya meneliti pelajar yang benar-benar layak memerlukan bantuan dapat meneriama bantuan dan yang tidak layak tidak dapat menerima bantuan. tiap-tiap tahun ibubapa diberi borang bantuan tetapi yang layak tetap tidak dapat bantuan .saya harap pihak sekolah dan kementerian pelajaran perlu meneliti latar belakang pelajar sebelum memberi bantuan kepada yang betul-betul layak.kalau boleh pihak kementerian menyeragamkan jumlah bayaran yuran PIBG disemua sekolah seluruh malaysia sekiranya yuran PIBG tidak dikecualikan. rba kenakan banyak2 yuran PIBG, saya tahu yang susah ini semua kaum Cina dan India. mana boleh bagi free. ruby Kepada cikgu Maya, keluarga miskin biasanya mempunyai anak yang yg ramai dan latar belakang pendidikan yg kurang. Ada juga antaranya merupakan anak yatim, tinggal dengan nenek, atau anak kpd ibu tuggal. Tak semua anak2 org miskin itu malas. Ada antara mereka yg rajin, tapi terpaksa tolong ibu membuat kuih ketika anak2 lain menyiapkan kerja2 sekolah. Masalah penat bekerja bukan hanya dialami oleh guru2. Masalah sama turut dialami dlm mana2 pekerjaan lain termasuk jururawat. Mana2 kerja pun ada pengorbanannya dan ada kesusahannya. Bergantung kpd pihak atasan utk memahami kebajikan pekerja bawahan. Jangan disebabkan masalah kerja kita, kita lepaskan kepada pelanggan kita. ishak lebih baik tak perlu ade PIBG ingat senang ke ibubapa nak beri duit untuk aktibiti PIBG. Setengaj PIBG lebih rela beli rokok dari bayar yuran PIBG untuk aktibiti anak disekolah ? bond jella kepada maya, cikgu-cikgu sekarang kena pandai cari sumber nak dapatkan duit untuk aktiviti sekolah. kena kreatif. jangan asyik nak kena spoonfeed dengan PIBG je..asyik nak harapkan sumber kewangan daripada pihak PIBG/ibubapa semata-mata. pandai-pandai lah cari sumber sendiri. takkan semua nak harapkan kerajaan. btw, duit kerajaan tuh pun duit rakyat. duit rakyat tu pun duit ibubapa miskin tuh jugak. please remember that. di luar sana masih ramai anak-anak yang tak mampu bersekolah. mentaliti anak-anak miskin nih lain, tak macam orang senang. so kita yang ada ilmu nih la kena ubah mindset diorang tentang kepentingan belajar. bukan diorang tak sedar diri, cuma kurang pendedahan/kesedaran dalam diri.
kalau taknak jadi cikgu, baik resign je. asyik merungut je memanjang. kerja pun jadi tak ikhlas. saya dulu pun pernah hidup susah. dan sekeliling saya banyak orang-orang susah. saya sangat setuju jika anak-anak dari keluarga miskin dikecualikan yuran PIBG dan pelbagai lagi yuran merapu kat sekolah tu.
Osman bin Abdullah Saya amat amat tak sokong keluarga miskin dikecualikan bayar yuran PIBG yang cuma setahun sekali. Kerajaan telah umun bagi RM100.00 seorang bagi setiap murid baget 2012, jadi apa salahnya gunalah sedikit wang ini untuk yuran PIBG.Janganlah asyik jadi orang nak percuma saja macam peminta sedekah ditepi jalan. Sama samalah kita membantu PIBG dn pihak untuk menjalankan aktivitinya demi untuk kebaikan anak kita juga. Macamana kita nak maju kehadapan kalaulah selalu mengharapkan yang percuma dari kerajaan.Saya harap pihak pihak yang berkenaan jadilah bincang soal ini buang masa saja cadangan ini. ckg tg krg manusia ni kalau senang sangat,,tak bersyukur jadinya...dh la semua nk free,,dpt bantuan utk ank, mak bapak dgn muka tak malu menghabiskan utk benda lain,,ank tak dpt apa pun.buku tulis pn ada..harap belas ikhsan guru...masa isi borang bantuan sanggup tipu lagi...hantar ank g sekolah naik kereta, motor,hanset, dressing jgn ckp la..mengalahkan cikgu cikgi...panggil datang bincang hal pelajaran ank,haram nak datang...masa amik bantuan tak payah panggil,tau2 aje..klu dh byk sgt disuap,tak sedar diuntung jadinya... faizol jumlah rm10 hingga rm30 adalah amount yang biasa yang perlu dibayar oleh ibubapa kepada pibg.bukanlah satu beban yang besar kepada ibubapa kerana saya percaya 90% ibubapa mampu membeli tambah nilai telefon prabayar sekurang-kurangnya rm5 seminggu. Jika sebulan jumlahnya ialah rm20, jika setahun, jumlahnya kira-kira rm240. Apalah nilainya rm20 ataupun rm30 jika dibandingkan dengan jumlah tambah nilai yang perlu dibayar dengan nilai yuran pibg? Jika tidak mampu sekalipun pibg ataupun pihak sekolah masih lagi mempunyai inisiatif lain untuk mengatasi masalah ini Khairul Maya .. bukan ke tugas awak utk mendidik. Ikhlas le ... Kalau mereka yg susah tiada duit, kenapa perlu bebankan mereka? Pasal kerja tu ... bukan ke .. kita dibayar gaji .. yg cuti tu murid .. bukannya kita .. kalau camtu .. saya yg swasta ni pun nak cuti dari kerja masa budak cuti sekolah .. Othman bin Abdullah saya tidak setuju yuran PIBG dikecualikan kepada keluarga miskin.Apakah miskin sangatkah mereka ini? Patut kita syukur kerana yuran sekolah kerajaan telah hapuskan.Macamana PIBG hendak menjalankan aktiviti sekiranya wang tidak ada. Kita janganlah anggap diri kita terlalu miskin dan selalu meminta dan segala galanya hendak percuma.Hargailah peranan guru dan sekolah,jangan asyik berfikir nak percuma.Saya syorkan mana mana yang tidak bayar yuran PIBG diketepikan daripada terlibat sebarang aktiviti yng dianjurkan pihak sekolah dan PIBG ini saya rasa lebih adil untuk semua. Saya harap tidak ada lagi menteri menteri bincang soal ini, tak lojik tidak bolih bayar yuran PIBG cuma setahun sekali.
kropoi bagal Apa yang diulas oleh Maya ada juga betulnya. Tapi saya ingin menambah disini, kita telah dilatih jadi guru dimaktab2 kerajaan dan universiti pendidikan kerajaan dengan cukup lengkap bagi menangani sebarang masalah dan isu yang boleh kita bawa apabila keluar dan bertugas dalam lingkungan masyarakat tak kira dibandar atau luar bandar. Saya rasa itu dah cukup, jadi untuk menangani masalah dari pihak pelajar miskin ini saya rasa Maya akan dapat atasi bila menggunakan ilmu yang telah Maya pelajari itu, kerana itu adalah tanggung jawab Maya. Tentang kerja, kita dibayar gaji untuk kerja sebulan. Jadi tak perlu dipertikai kalau kerja sampai dibawa ke rumah, kecuali kalau gaji hari atau bayar mengikut jam. Barulah ada had kerja itu kerana kita hanya mengikut masa yang dibayar sahaja. Saya pun komen diri sendiri ini kerana saya juga seorang yang bergelar pendidik yang pernah mengajar di luar bandar dan bandar. Wasalam... setiausaha PIBG Saya mencadangkan yuran (sebenarnya sumbangan)PIBG bagi ibubapa pelajar yang betul-betul miskin dibayar oleh Ahli Parlimen ataupun ADUN di kawasan tersebut. Othman bin Abdullah saya tidak setuju yuran PIBG dikecualikan kepada keluarga miskin.Apakah miskin sangatkah mereka ini? Patut kita syukur kerana yuran sekolah kerajaan telah hapuskan.Macamana PIBG hendak menjalankan aktiviti sekiranya wang tidak ada. Kita janganlah anggap diri kita terlalu miskin dan selalu meminta dan segala galanya hendak percuma.Hargailah peranan guru dan sekolah,jangan asyik berfikir nak percuma.Saya syorkan mana mana yang tidak bayar yuran PIBG diketepikan daripada terlibat sebarang aktiviti yng dianjurkan pihak sekolah dan PIBG ini saya rasa lebih adil untuk semua. Saya harap tidak ada lagi menteri menteri bincang soal ini, tak loji tidak bolih bayar yuran PIBG cuma setahun sekali.
ajai maya, bkn sume plajar miskin tu malas. jgn nila jadikan susu d belanga jd rosak. beban awk d bayar selaras dengan gaji awk. mana rasional awk sbg guru mengata mereka d belakang? ikhlas ka awk jd guru? lau awk ikhlas, awk xkan kuarkan statement mcm tu. SITI HADZAR BT IDRUS bkn sume plajar miskin tue malas..jd jgn la cakap ikut sedap mulut. Maya,lau keja ikhlas, tak keluar ayat2 awk mwnghina plajar miskin. Selaras beban keja itu la awk dbayar gaji tinggi. profesional ka ayat2 awk td? fikir sebelum merungut.. Lily hmm..kalau dikecualikan terus mcm X adil lah kan...dulu2 ibubapa lagi susah...mampu juga bayar yuran untuk anak yg ramai...kalau semua pun dapat free...manja la rakyat,sampai bila2 pun tidak mahu berusaha...ilmu kan dibawa sampai mati,tapi kalau yuran PIBG dihadkan,maybe boleh diterima...tapi kalau dikecualikan terussss...akan wujudlah ibubapa yg tidak mampu seperti cendawan... afz saya sokong apa yang dikatakan oleh Maya.. Lily hmm..kalau dikecualikan terus mcm X adil lah kan...dulu2 ibubapa lagi susah...mampu juga bayar yuran untuk anak yg ramai...kalau semua pun dapat free...manja la rakyat,sampai bila2 pun tidak mahu berusaha...ilmu kan dibawa sampai mati,tapi kalau yuran PIBG dihadkan,maybe boleh diterima...tapi kalau dikecualikan terussss...akan wujudlah ibubapa yg tidak mampu seperti cendawan... razi Kebanyakan yuran tambahan tu digunakan oleh pihak guru untuk pergi makan angin ke Langkawi atau lain2. Masalahnya, pihak guru lah yang selalu menyusahkan ibu bapa, bukan kerajaan, tetapi kerajaan yg dapat nama busuk. Nak cari guru-guru yg benar-benar ikhlas mengajar anak murid memang payah, majoriti mahukan imbalan dunia. Mohd.Kassim Mohd.Yassin. Yuran PIBG perlu untuk membiayai PIBGG. Namun begitu saya setuju, pengecualian untuk ibu bapa yang susah. Apa yang menyedihkan ada diantara ibu bapa yang lebih berada tidak mahu membayar yuran ini dengan pelbagai alasan. Dalam masa yang sama mempersoalkan peranan PIBG di sekolah. Bagaimana PIBG berperanan, kalau kantong kosong. maya Saya tidak bersetuju yuran PIBG dikecualikan untuk keluarga miskin. Dah la yuran tambahan tidak perlu bayar, ini pula yuran PIBG. Bagi pihak guru di sekolah bantuan modal, kami cukup perit apabila tidak dapat bantuan kerajaan sepenuhnya. Bagaimana kami nak laksanakan program di sekolah kalau tiada duit? Bagaimana kami nak bayar bil utiliti jika tiada duit? Bagaimana kami mahu memenuhi tuntutan KPM dan JPN yang mahu sekolah masuk macam-macam pertandingan? Semua tu perlukan duit! Lagi pun cukup la kerajaan terlalu mengambil hati rakyat. Cuma pastikan rakyat menghargainya atau tidak. Contohnya, anak-anak yang miskin ini kebanyakannya tidak sedar diri. Buku SPBT free, tapi tak pernah nak bawa. apatah lagi nak jaga dengan baik. Dapat biasiswa tapi tetap malas nak belajar! Yuran exam tak perlu bayar, bukan nak bersyukur tapi bertambah malas. Maklumlah, semua free tak kisah. Sebabnya "bukan duit mak bapak aku"! Jadi cukup-cukup la nak bagi free kepada mereka sehingga mengabaikan kebajikan guru. Kami yang dulunya apabila dipanggil bermesyuarat atau berkursus, boleh dikatakan diadakan di tempat yang selesa dan cukup makan minum. Tapi kini semuanya dicatu. Kebajikan kami guru yang berkhidmat untuk negara ditolak ketepi semata-mata nak bantu murid yang tak sedar diri. Tahun depan kami dah dapat bayangkan betapa teruknya masalah yang kami kena tanggung untuk cari duit bagi melaksanakan program KPM dan JPN di sekolah. Kami guru-guru yang kena cari duit, minta sumbangan sana-sini macam peminta sedekah. Dah tu, Pengetua pula mahu cemerlang, buat macam-macam program tanpa ambil kira masalah duit dan masalah guru yang terpaksa bekerja lebih masa termasuk sabtu ahad. Jadi bersyukur la wahai ibu bapa dengan apa yang kerajaan beri sekarang. Jangan semua nak free. Kami guru-guru yang pening kepala. Bagaimana pun kami tetap bersyukur kerana kerajaan masih prihatin masalah kami melalui Bajet 2012. Cuma satu saja yang umum perlu tahu, bagi kami di sekolah bandar, melaksanakan 100 peratus tugas yang diamanahkan dengan mengorbankan masa dan tenaga. Jadi, jangan anggap mudah tugas guru sekarang. Cuti penggal hanya nama cuti sahaja sedangkan kerja berlambak-lambak bawa balik. Semuanya demi sekolah dan anak murid yang entah tahu menghargai jasa guru mereka atau tidak. Saya minta kerajaan ambil berat masalah kami. Jadi tidak perlu sebarang pemansuhan atau pengecualian untuk yuran PIBG. azhar pelajar miskin bukannya dikecualikan, kan masih ramai ibu bapa yang berkemampuan yang boleh membantu, bukannya setiap bulan yuran tu, setahun sekali kan. annacomel Bagus idea ini,tetapi alangkah baiknye jika berbentuk motovasi dengan metetapkan beberapa syarat mudah seperti mendapat keputusan pelajaran yang baik,tidak melangar disiplin sekolah.Saya lihat beberapa bantuan lain hanya berbentuk bantuan semata-mata seperti bantuan komputer satu malaysia baru baru ini. Bantuan itu amat bagus cuma perlu diletakkan beberapa syarat asas yang mudah untuk memotivasikan pelajar. |
| Saran semak sistem pencen minimum GLC Posted: 15 Oct 2011 04:09 PM PDT Nasional Kesatuan sekerja mahu bantuan kewangan 200,000 pesara dinaikkanKUALA LUMPUR: Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mahu dasar pencen minimum dilaksanakan bagi lebih 200,000 pesara GLC dan agensi kerajaan yang menerima pencen bulanan kurang daripada RM300 bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka. Presidennya, Mohamed Shafie BP Mamal, berkata lebih menyedihkan lagi apabila kira-kira 100,000 pesara menerima pencen bulanan kira-kira RM120, sehingga mereka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara keluarga masing-masing. "Walaupun sudah bersara, sebahagian besar daripada golongan pesara ini terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menambah pendapatan kerana kadar pencen yang diterima itu amat rendah."Kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa... sudah tiba masanya untuk kerajaan turut membantu golongan pesara ini yang turut menyumbang kepada pembangunan negara. "Kami menghargai bantuan kewangan yang diberikan kerajaan selama ini, bagaimanapun berharap kerajaan akan mengkaji semula sistem pencen itu," katanya kepada Berita Minggu, semalam. Jumaat lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bagi meringankan beban kewangan pesara kerajaan, lebih 600,000 pesara menikmati pelarasan pencen membabitkan peruntukan RM600 juta melalui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Sebelum ini, kesatuan sekerja itu mendedahkan kebanyakan pesara GLC sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan. Sementara itu, ditanya mengenai kenaikan tahunan pencen pesara, Mohamed Shafie berkata, pihaknya amat berharap perkara berkenaan dapat dilaksanakan tahun depan tanpa perlu menunggu hingga 2013. "Kami masih tidak tahu mengenai mekanisme pelaksanaan kenaikan tahunan pencen dua peratus itu... sama ada ia (kenaikan) akan mengambil kira daripada gaji terakhir pesara atau kadar pencen yang diterimanya ketika ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan