Berita Harian: Nasional |
| Pelajar Malaysia mangsa herdik Posted: 14 Oct 2011 04:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Insiden demonstrasi penunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang bertitik tolak daripada dakwaan kononnya Malaysia merampas tanah republik itu turut memberi tempias kepada lebih 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia. Ada kalangan pensyarah, rakan sekuliah, mahu pun doktor dan jururawat di hospital di mana mereka menjalani latihan amali mengherdik dan cuba memprovokasi mereka berhubung isu berkenaan. Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku selepas 6,184 pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan supaya tidak bertindak balas terhadap provakasi itu. Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada pelajar, khususnya pelajar yang menjalani amali di hospital yang diherdik dan cuba diprovokasi oleh doktor dan jururawat berhubung isu di sempadan Malaysia-Indonesia itu, tetapi dinasihatkan untuk berdiam diri dan tidak bertindak balas. Berikutan perkembangan terbaru itu, beliau berkata, Education Malaysia (dahulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memantau situasi itu 24 jam sehari bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia terjamin. "Isu itu memberi kesan kepada pelajar kita di sini apabila ada di kalangan rakyat Indonesia termasuk pensyarah, doktor atau jururawat di hospital di mana mereka menjalani latihan amali terpengaruh dan percaya dengan dakwaan mengenai isu sempadan itu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhasry lagi isu dari negara jiran.... misga Sampai bila kita harus bersabar???. Sudah terlalu banyak insiden yang menyakitkan hati dan menjatuhkan maruah kita rakyat Malaysia. Ayuh.... rakyat Malaysia...ayuh...mari kita pertahankan kedaulatan dan maruah kita sekali pun dengan BERPERANG.....biar putih tulang jangan putih mata...apa guna kita hidup kalau maruah dan harga diri kita dipijak-pijak oleh otang lain.... komesodar Sudah masanya kita kurangkan kebergantungan kepada negara tersebut dalam pelbagai bidang. Dengan mentaliti rakyat dan pemimpin mereka yang tidak matang, kita perlu lebih berhati-hati berurusan dengan mereka. Apapun tindakan kita akan dieksploitasi hatta untuk kebaikan mereka. Kurangkan TKI mereka di negara ini secepat mungkin. boikot pelancongan mereka, IPT mereka, TKI mereka. muhammad rizki saya salah seorang dari jutaan rakyat indonesia memohon maaf atas terjadi nya masalah ini jangan kerna nila setitik rosak susu sebelanga bukan semua orang indonesia sebegitu jamle jual assalam buat semua pembaca..perkara sperti ini jgn lah diambil peduli..kita sebagai rakyat akur dan berharap isu2 persempadanan ini dpt diselesaikan secara rundinga dan aman.dan sya syorkan agar dianatara kerajaan malaysia dan indonesia harus memberi penerangan kepada rakyat masing2..agar rakyat yng kurang faham mengenaai isu2 semasa adalah jelas sampai kepada rakyat masing2..dengan itu rakyat malaysia yng berada diindonesia tidak dlm ketakutan..begitu juga disebaliknya..terimakasih..
Juanda Malaysia dan Indonesia sudah lama saling berkerjasama melalui pelbagai bidang, tiada isu kuat yang boleh memecahkan 2 Negara ini .... kepada rakan2 kita Malaysia dan Indonesia ... janganlah kita makan hasutan anasir2 luar yang sering hendak memecah belahkan hubung baik antara kita seperti apa yang berlaku di barat. apa2 pun yang terbuku saya percaya ada jalan penyelesaian secara aman melaului perbincangan dan lawatan perjumpaan antara pemimpin atau wakil untuk memantau sendiri isu yang sedia ada. tiada yang lebih penting diantara dua negara selain daripada kerja sama dua2 belah pihak ... jika kita saling berkerjasama di antara satu sama lain, saya percaya kita boleh menyelesaikan banyak lagi masalah lain yang lebih penting dari isu yang sedia ada ini ... AntiPATI Malaysia patut hantar balik rakyat Indonesia yang terlampau ramai di Malaysia yang kebanyakannya menimbulkan masalah dan jenayah di Malaysia. shamsiahfakhih tak perlu hantar pelajar ke indonesia. Mereka ni jenis bertindak tanpa selidik..Bosan sangat-sangat sikap mereka.dahlah orang mereka senang lenang kat malaysia. Kemudahan asas dapat walaupun mencuri tanah kita dgn buat rumah haram. Tak sedarkah wahai indonesians????? mujiono redjo Biarkan mareka melontar Batu...KITA kembalikan dgn lontaran ROTI yg berintikan madu...Sabar,ikhlas,jujur dan mulia adalah sifat bangsa yg bertemadun. Anak Malaysia marah dan mengherdik rakyat Malaysia atas sesuatu isu yang kemudianya terbukti tidak benar melambangkan tahap pemikirann sesetengah rakyat indonesia yang mudah emosi apabila berhadapan dengan sesuatu isu.Diharap kita rakyat Malaysia tidak terikut-ikut dengan permainan emosi seperti mereka kerana ia akan meletakkan kita ditahap pemikiran yang paling rendah salman Terlampau banyak provokasi daripada pihak Indonesia dalam pelbagai isu samada daripada rakyat mahupun kerajaan.Kita pula di pihak yang sentiasa mencari jalan untuk meredakan keadaan. Mereka bebas kata dan buat apa saja.Sudah sampai masanya kita kurangkan kebergantungan dengan mereka.Sukar berurusan dengan orang yang tidak bertanggungjawab seperti mereka. Sampai bila kita asyik kena mengalah dengan mereka.Tak guna berbuat baik dengan orang seperti mereka.Di tempat mereka, rakyat kita dibuli, di tempat kita mereka juga yang jadi pengacau.Kerajaan sepatutnya beransur-ansur tidak berurusan dengan mereka.Tak perlulah amnggap mereka saudara@abang kita sebab mereka tak pernahpun anggap kita kawan mereka. Malaysian Kenapa Malaysia masih menghantar pelajar ke indon? Tidakkah ini membahayakan nyawa mereka jika terjadi ketegangan. Ditambah lagi dengan bencana alam. Patutnya Malaysia sudah lama hentikan. Rahmat Tidak perlu lagi menghantar pelajar Malaysia ke sana. Sikap golongan profesional mereka pun sudah seperti budak-budak kecil. salman Terlampau banyak provokasi daripada pihak Indonesia dalam pelbagai isu samada daripada rakyat mahupun kerajaan.Kita pula di pihak yang sentiasa mencari jalan untuk meredakan keadaan. Mereka bebas kata dan buat apa saja.Sudah sampai masanya kita kurangkan kebergantungan dengan mereka.Sukar berurusan dengan orang yang tidak bertanggungjawab seperti mereka. Sampai bila kita asyik kena mengalah dengan mereka.Tak guna berbuat baik dengan orang seperti mereka.Di tempat mereka, rakyat kita dibuli, di tempat kita mereka juga yang jadi pengacau.Kerajaan sepatutnya beransur-ansur tidak berurusan dengan mereka.Tak perlulah amnggap mereka saudara@abang kita sebab mereka tak pernahpun anggap kita kawan mereka. hassan Kalau macam tu kadaannya lebih tak perlu hantar pelajar kita belajar disana, cari aje tempat lain utk buat medik , banyak lagi negara2 yang lebih murah matawangnya, dan mempuyai prestasi pendidikan nya yang tinggi spt taiwan, bahasa pengantar masih menggunakan bahasa inggeris, dan yuran spt Indon juga menggunakan USD bukannya Rupiahn. Situasi spt ini sudah tentu akan meninggalkan kesan yang kurang baik pasda pelajar, jika pensyarah/mentor di hospital sendiri pun terlibat, silap2 markah pelajar2 kita pun akan terjejas. Mengapa kita tak pernah terfikir utk menghantar pelajar perubatab kita ke Hong Kong ? matwangnya rendah. unuversity pun kalangan yang terbaik diAsia, Bahasa pengantar juga Bahasa Inggeris dan bekas Negara Commonwelth mungkin sistemnya sama spt universiti2 kita . Jainal Lihat lagi provokasi mereka walau pun sudah dimaklumkan mengenai dgn kedudukan ssebenar, masih lagi...beremosi apa yg pelajar2 tahu tentang hal ehwal ini? ada sesetengah mereka yg maun menaikkan nama dan ini lah kononnya caranya memperjuangkan... janxxx golongan profesional indon pun leh terjebak gak ke? Payah2 xpayah ar kita hantar pelajar kita ke sana..byk lagi tempat boleh dijadikan tempat untuk amali pelajar2 kita..tuiii.. Mohd Hisyam Sabtu Assalammualaikum, hal yang di nyatakan tersebut boleh mengundang kesan yang sangat besar terhadap diri setiap remaja yang ada di Malaysia malahan akan menimbulkan rasa benci terhadap rakyat Indonesia,hal ini juga boleh menyebabkan kes jenayah bertambah. |
| Posted: 14 Oct 2011 04:58 PM PDT Nasional Wanita dengar jeritan jiran selamatkan pasangan daripada rentungRANTAU PANJANG: Tindakan pantas seorang isteri yang sanggup bertaruh nyawa mengheret suaminya yang lumpuh menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh daripada 12 rumah serta dua kedai di Pekan Rantau Panjang di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, Mohd Rosdi Rashid yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, cedera pada kaki ketika diselamatkan isterinya, Rubiah Loman. Rubiah berkata, sebelum kejadian, mereka berdua menonton televisyen di ruang tamu rumah sambil menunggu kepulangan anak bongsu, Nurul Fatin Nor Shafieyka yang keluar membeli juadah makan malam di restoran berhampiran."Kami dikejutkan dengan bunyi bising dan jeritan yang menyuruh kami menyelamatkan diri. Sejurus itu, saya terus memikirkan keselamatan suami yang lumpuh sejak 18 bulan lalu. Saya terus menarik serta mengheret suami saya biarpun api sudah membakar sebahagian rumah. "Syukurlah kami selamat walaupun kaki suami cedera akibat diheret kira-kira 500 meter untuk ke tempat selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin. Sementara itu, Nurul Fatin Nor Shafieyka berkata, beliau tidak sempat membuat pesanan makanan apabila suasana tiba-tiba riuh dengan jeritan orang ramai.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Anuarrulhakim Mohny, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam kiri-kira jam 8.55 malam dan tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian. "Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan kira-kira RM300,000," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan