Berita Harian: Nasional |
| Pemilihan rumah mampu milik secara undian Posted: 13 Oct 2011 04:40 PM PDT Nasional PEGAWAI Audit Dalaman KPMG, Mohd Khaidzir Shahari memasukkan nombor cabutan untuk lebih 7,000 permohonan bagi 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di Putrajaya, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata proses permohonan itu turut dipantau Jawatankuasa Penapisan dianggotai wakil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa agensi lain bagi memastikan mereka yang layak saja mendapat kemudahan rumah itu. Beliau berkata, langkah itu perlu kerana sejak permohonan dibuka 30 September lalu, PR1MA menerima 7,113 permohonan iaitu 13 kali ganda berbanding bilangan rumah yang diperuntukkan dalam fasa pertama projek itu. Berikutan itu, katanya, PR1MA juga akan membahagikan senarai utama permohonan kepada dua kategori iaitu warna biru bagi mereka yang belum memiliki rumah (5,943 permohonan atau 84 peratus) dan baki 1,170 permohonan lagi berwarna merah bagi menandakan pemohon sudah memiliki sebuah rumah."Permohonan itu kemudian dimasukkan dalam kotak undi lut sinar sebelum dikunci dan disimpan dalam bilik kebal serta diawasi rapi KPMG. "Kotak itu hanya akan dibuka Sabtu ini (esok) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11," katanya kepada pemberita sebelum meninjau proses memasukkan nombor cabutan undi dalam peti lut sinar, sambil dipantau wakil KPMG, di sini semalam. Projek PR1MA dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta itu khusus untuk rakyat berpendapatan sederhana, tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka bekerja kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, berpandukan nisbah diterima bagi kategori berkenaan, pembahagian cabutan undi Sabtu ini adalah 468 bagi kategori warna biru dan 92 untuk kategori warna merah jambu, menjadikan jumlah keseluruhan 560 undi. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
| Peruntukan RM55 juta ‘lesap’ Posted: 13 Oct 2011 04:38 PM PDT Nasional MB Selangor diminta perjelas dakwaan salah guna wang penyelenggaraanSHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan penyelenggaraan infrastruktur sebanyak RM315 juta yang diberi Kerajaan Pusat pada 2009. Setiausahanya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ini kerana berdasarkan laporan diterima, sebanyak RM55 juta 'hilang' begitu saja kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima RM183 dan RM76 juta, manakala sebanyak RM900,000 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan infrastruktur selesa."Jika dihitung semuanya, terdapat baki RM55 juta dan saya ingin bertanya, ke mana perginya duit peruntukan diberi Kerajaan Pusat. Jika ia dimasukkan dalam tabung wang amanah negeri, sila jelaskan tujuannya," katanya pada sidang media di Bangunan UMNO, di sini. Mohd Zin berkata, rakyat berhak tahu mengenainya kerana peruntukan itu bukan untuk disimpan atau digunakan bagi kepentingan pihak lain, sebaliknya untuk keselesaan rakyat. "Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki dan diselenggara, tetapi kenapa ia tidak digunakan sepenuhnya. Jika Kerajaan Pusat tidak bagi duit, kerajaan negeri cakap macam-macam tetapi bila dapat duit, jadi macam ini pula," katanya.
Beliau berkata, tindakan memburukkan institusi raja satu hasutan amat serius dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh polis. "Ia tidak harus dipertikai kerana jelas Sultan ada kuasa dalam hal ehwal agama dan Abdul Aziz sepatutnya tahu. Selain itu, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak wajar. "Badan pemantau yang ditubuhkan menyebabkan JAIS tidak ada kebebasan dalam membuat kerja dan jika hendak kaji semula SOP, kita boleh bentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan