Berita Harian: Nasional |
| 90 peratus kanak-kanak ketagih layari internet Posted: 11 Oct 2011 03:12 PM PDT Nasional Pelan strategik lindungi kesan negatif siber dirangkaKUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja di negara ini dilaporkan melayari internet pada purata 19 jam seminggu, sehingga menyebabkan mereka terdedah dengan pengalaman negatif menerusi penggunaan teknologi itu termasuk buli, penipuan identiti dan pornografi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata situasi itu mewakili kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada 10 daripada mereka berusia lima hingga 18 tahun di negara ini yang dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber, sekali gus mampu mempengaruhi emosi mereka.Kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet. - Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sehubungan itu, katanya, kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet."Data diperoleh daripada Norton Online Family Report 2010 juga melaporkan hanya empat daripada 10 ibu bapa mengetahui apa dilayari anak mereka dalam internet. "Jadi, kementerian akan memimpin pihak berkepentingan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity dan DIGI mengolah pelan strategik bagi memberi perlindungan kepada golongan sasar kerana ini amat berbahaya dan sejajar dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang dipersetujui kerajaan pada 2009," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perlindungan Kanak-kanak Dalam Alam Maya (Child Online Protection) dan pelancaran buku Guide to a family friendly internet experience, di sini semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri. Katanya, rangka kerja pelan strategik itu rentetan persetujuan kerajaan supaya negara menyertai 'Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography, September lalu. "Jadi, dengan pelancaran buku ini, ia permulaan bagi pelan strategik itu sebelum kita melakukannya secara menyeluruh," katanya. Sementara itu, Husin berkata, CuberSecurity menerima aduan 11,930 insiden membabitkan jenayah siber sepanjang tahun ini sehingga September lalu yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999. Beliau berkata, berdasarkan Statistik Insiden Keselamatan Siber, bilangan itu melonjak sehingga 130 peratus berbanding jumlah insiden pada tahun lalu, iaitu hanya 5,181. Katanya, jenayah siber yang dilaporkan merangkumi penipuan (4,175), spam (3,452), pencerobohan (2,345), kod berbahaya (867), cubaan pencerobohan (525), gangguan siber (354), kelemahan laporan (87), gangguan perkhidmatan (77) dan kesalahan berkaitan kandungan (48). Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenputeri_aiko anak2 tidak akan ketagih internet dan tidak akan terdedah kepada pengaruh negatif jika sentiasa di pantau dan mendapat bimbingan berterusan ibu bapa itu sendiri.. kebiasaan dalam masyarakat kita skrg ialah apa bila anak2 tidak menjadi seperti yang diharapkan pasti akan timbul tuduhan menyalahkan pihak lain.. padahal anak2 kan membesar mengikut acuan ibu bapa.. dan mungkin kerajaan perlu memberikan had umur anak2 yang mengunjungi CC puteri Krajaan malaysia hrslh mngambil serius masalah ini.. Mohd Jamatin Terima kasih kerana sediakan ruangan komen ini. Saya menyokong pendapat Yangretibase, remaja yang melayari internet tidak semestinya mendatangkan gejala negatif, banyak perkara yang positif yang mereka boleh pelajari. Tetapi penerbitan buku oleh Kelab Isteri Taat dikuatiri akan lebih banyak perkara negatif. Pihak berkenaan seharusnya memikirkan perkara baik buruknya sebelum meluluskan penerbitan buku berkenaan. minda siswa 1) ibu bpa krng kwln trhdp ank mrka
rombongan meminang wujud budaya COPY and PASTE! teknologi tanpa sepadan, semuanya dari kerajaan sahaja untuk mengatasi masalah ini. bagus cegah sebelum parah. kalau da parah nanti memang susah mau cari ubatnya ni....
shaa Ibu bapa seharusnya memainkan peranan di rumah.. SFYANZ Ketagih internet tidak mengapa kalau tidak melayari web terlarang... mhr Skrg Malaysia ke era IT,setiap rmh ada akses internet. Sape2 yg gunakannya dgn btol maka baiklah kesannya dan jika salah guna maka buruklah kesannya, x kira kanak2,remaja,dewasa tau veteran skalipun. Draconian Salahkan ibu bapa sebab tak jaga/kawal kelakuan dan pergaulan anak-anak mereka. Sepatutnya anak-anak dipantau 24 jam, bukannya serah pada amah untuk jaga mereka. Yangretibase Ketagih internet tidak mengapa; tetapi ketagih buku seks terbitan Kelab Taat Isteri boleh mencelakakan remaja dan bahkan kanak-kanak!!!!! syokdownload Masalah ini tak akan dpt diselesaikan kerana .,mana mungkin ada tindakan bila duit berkuasa..kalau ada pun..sekadar syarat..tutup mata. one lepar penggunaan internet dikalangan kanak-kanak tidak perlu. Peniaga hanya mengaut keuntungan saja. 17 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk dipusat CC... buluh perindu Krajaan malaysia hrslh mngambil serius masalah ini.. Full content generated by Get Full RSS. |
| Eksklusif: Kelab Taat Suami terbit buku seks Posted: 11 Oct 2011 03:06 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU: Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama,' sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan