Berita Harian: Nasional |
| 1 pakar bius untuk 45,000 orang Posted: 09 Oct 2011 02:23 PM PDT Nasional LIOW bertanyakan sesuatu kepada pengunjung yang menderma darah sempena Hari Anestesia Kebangsaan 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR: Malaysia masih kekurangan Anaesthesiologist (pakar bius) bagi menampung pembedahan dengan bilangan pakar itu di hospital kerajaan dan swasta sehingga kini hanya 620 orang atau mewakili nisbah 1:45,000. Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan akan menambah bilangan pakar bius itu melalui inisiatif yang dilaksanakan, termasuk memudahkan doktor mengambil peperiksaan Fellowship of the Australian & New Zealand College of Anaesthesiology (FANZCA) yang dijangka mampu melahirkan sehingga 120 pakar itu dalam masa setahun.Dalam jangka masa panjang, kita akan wujudkan Program Sarjana Anaesthesialogi di UPM pada 2013 dan meningkatkan pengambilan pakar bius pelatih daripada 80 tempat yang disediakan bagi pengajian itu setiap tahun. - Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Beliau berkata, langkah penambahan pakar bius adalah penting kerana bidang perubatan itu antara satu faktor utama bagi menjayakan pembedahan di bilik operasi."Jika di negara maju nisbah bagi pakar bius dan pesakit adalah 1:10, 000. Bagaimanapun, kita yakin dalam masa terdekat kita boleh menambah bilangannya, tahun ini saja seramai 30 doktor mengambil peperiksaan FANZCA. "Dalam jangka masa panjang, kita akan mewujudkan Program Sarjana Anaesthesialogi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2013 dan meningkatkan pengambilan pakar bius pelatih daripada 80 tempat yang disediakan bagi pengajian itu setiap tahun," katanya pada sidang media sempena Hari Anestesia Kebangsaan 2011 yang dianjurkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pakar Bius Malaysia (MSA) (Malaysian Society of Anaesthesiologists) di Taman Tasik Titiwangsa di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Presiden MSA, Datin Dr Sivasakthi. Pada masa sama, Liow berkata, kementerian akan mengadakan Karnival Kesihatan di Sarikei, Sarawak bulan depan bagi menyelesaikan kes pembedahan tertunggak di kalangan pesakit elektif, iaitu pesakit yang menunggu tarikh giliran untuk dibedah akibat kekurangan pakar bius. "Melalui karnival yang diadakan selama dua hari itu, pakar perubatan dari seluruh negara akan turut serta. Kita akan selesaikan semua kes tertunggak yang setakat ini paling banyak di Sabah dan Sarawak. "Jadi dengan penyelesaian terhadap kes tertunggak merangkumi pembedahan ortopedik, buah dada dan kornea yang kebiasaannya mengambil masa sehingga tiga bulan untuk menunggu sebelum dapat dibedah, selepas ini kita akan kurangkan kepada 12 minggu menunggu mengikut standard Kementerian Kesihatan," katanya. |
| Kakak tak puas hati wang gadai gelang pukul adik hingga mati Posted: 09 Oct 2011 02:03 PM PDT Nasional HULU SELANGOR: Pertengkaran antara dua beradik akibat salah faham berhubung wang hasil gadaian seutas gelang emas berakhir dengan tragedi, apabila kakak mangsa yang tidak puas hati dipercayai memukul adiknya hingga mati dalam kejadian di kuarters Pusat Haiwan Kecil Hulu Bernam di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Gurmeet Singh Sedara Singh, 41, ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas katil dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan mulut dalam sebuah bilik rumah kuarters itu yang didiami adik beradik berkenaan bersama tiga lagi ahli keluarga mereka. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, suspek yang berusia 44 tahun dan tinggal bersama mangsa dipercayai tidak berpuashati apabila barang kemas miliknya itu gagal ditebus selepas mangsa menggadaikan. "Difahamkan kedua-dua adik beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bergaduh sejak petang sebelum pertengkaran antara mereka memuncak kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin) hingga berlaku pergelutan antara kedua-duanya."Kita percaya suami mangsa terbabit secara langsung dalam pertengkaran itu kerana dia turut berada di tempat kejadian namun kita masih meneruskan siasatan. Kita syak mangsa dipukul dan ditumbuk sehingga mati kerana tiada senjata ditemui di tempat kejadian, " katanya di sini, semalam. Katanya, ketika kejadian hanya terdapat ibu mangsa yang berusia 70-an dan anak bongsu pasangan itu yang berusia 11 tahun di kuarters berkenaan kerana empat lagi anak pasangan itu tidak lagi tinggal bersama. Norel berkata, pihak polis hanya dihubungi kira-kira jam 8 pagi oleh salah seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan perkara itu sebelum menahan kedua-dua suspek yang menyerah diri di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
"Bila saya balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi, saya diberitahu oleh bapa dia jumpa mayat ibu saya di atas lantai dengan keadaan mulut berdarah, muka bengkak dan bahagian belakangnya cedera sebelum mengangkatnya ke atas katil, " katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan