Sabtu, 8 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Noramfaizul dikenang

Posted: 07 Oct 2011 11:11 PM PDT

Nasional

AYER KEROH: Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengetuai senarai 1,068 individu menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Kerajaan Melaka sempena hari jadi rasmi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-73, hari ini.

Shaziman menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri bersama dua lagi anggota Kabinet, iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Tiga pemimpin negara jiran, Gabenor Provinsi Riau, Datuk Dr HM Rusli Zainal; Gabenor Provinsi Kepulauan Riau, Drs H Muhamad Sani serta bekas Gabenor Mindanao, Filipina, Datu Pax S Mangudadatu Al Haj menerima DGSM (Kehormat). Jurukamera BERNAMA, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh ketika membuat liputan penghantaran bantuan di Somalia pada 2 September lalu pula penerima tunggal Bintang Gagah Perkasa (BGP) yang tidak membawa sebarang gelaran.

EXCO kerajaan negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan antara 14 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira. Penerima lain, juga EXCO kerajaan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik; Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dan Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah, Tan Sri Omardin Mauju.

Turut menerima DCSM, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ali Hamsa; Ketua Dua GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas; Ketua UMNO Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Melaka, Datuk Jaafar Lajis; Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Datuk Jalilah Baba; Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua UMNO Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd, Datuk Pang Tee Chew
Seramai 25 individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk termasuk artis veteran, Goh Eng Boon @ Andre Goh; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei; Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun; Ketua UMNO Pengkalan Chepa, Dali Husin; dua EXCO Wanita UMNO, Hasnah Salam dan Marlia Abd Latiff serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Othman Mustapha.

Turut menerima DMSM, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Zulkefli Salleh; Naib Ketua UMNO Sandakan, Alipudin Puyon; Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Brig Jen Datuk Mahadi Abdul; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Mohd Zin Mansor dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mortadza Nazarene.

Darjah Pangkuan Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk diterima 73 individu antaranya, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri Melaka, Shamsudin Salim; Timbalan Pengarah Besar FELDA, Suhaimi Zainuddin; Pengarah Seranta FELDA, Noor Ehsanuddin Mohd Harunnarrashid.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Malaysia, Megat Zulkarnain Omardin; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd, Nur Iskandar A Samad; Pengurus Besar TNB Melaka, Mohamed Azim Yusof dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Khamis Abas.

Penerima lain, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Shahrul Zaman Yahya; Timbalan Ketua UMNO Ipoh Timur, Mohd Nasri Hashim; Naib Ketua UMNO Kuala Kedah, Abdul Muthalib Harun; Pengerusi Tetap UMNO Libaran, Daning Bajau dan Timbalan Pengarah Berita RTM, Sayuti Mukhtar.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr Ismail Bakar; Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Marzuki Khalid; Pengarah Urusan Restoran Nasi Kandar Subaidah (PG) Sdn Bhd, Abdul Aziz Abdul Razak.

Seramai 49 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), Jaksa Pendamai (50), Bintang Cemerlang Melaka (107), Bintang Khidmat Terpuji (156), Pingat Jasa Kebaktian (310), Pingat Bakti Masyarakat (244) dan Pingat Khidmat Lama (33). Istiadat penganugerahan bakal disempurnakan Mohd Khalil di Dewan Seri Negeri dalam tiga sesi hari ini dan esok.

Berikut adalah senarai lengkap penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka 2011:

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri (tiga individu)

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) Kehormat (tiga individu).
Penerimanya adalah termasuk Gabenor Provinsi Riau, Datuk Dr HM Rusli Zainal dan Gabenor Provinsi Kepulauan Riau, Drs H Muhamad Sani dari Indonesia serta bekas Gabenor Mindanao (Filipina), Datu Pax S Mangudadatu Al Haj.

Darjah Cemerlang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira (14 individu)

Penerimanya adalah Exco kerajaan Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Datuk Latiff Tamby Chik;; Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Ketua Pengarah Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ali Hamsa;

Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas; Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Melaka, Datuk Jaafar Lajis; Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba; Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said;

Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah (Perak), Datuk Mohd Yusoff Kassim; Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah, Tan Sri Omardin Mauju; Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd, Datuk Pang Tee Chew; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Pengarah Light and Power Construction Sdn Bhd, Datuk Thien Tung Fah @ Thien Kon Fah.

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk (25 individu)

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei; Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun; Ketua UMNO Pengkalan Chepa (Kelantan), Dali Husin; Exco Wanita UMNO Hasnah Salam dan Marlia Abd Latiff.

Selain itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Alipudin Puyon; Timbalan Pengerusi MCA Bukit Katil (Melaka), Lee Seng Yean dan Ahli Jawatankuasa MCA Alor Gajah (Melaka), Yee Ah Kuon; Duta Malaysia ke Peru, Ayauf Bachi.

Penasihat Khas kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Gnanachandran Ayadurai; Pengarah Urusan Parkson Corporation Sdn Bhd, Cheng Yoong Choong; Penyanyi merangkap Bendahari PAPITA, Goh Eng Boon @ Andre Goh; Pengarah Urusan KPMG Business Advisory Sdn Bhd, Hew Lee Lam Sang; perunding perniagaan, Hood Musa.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Brig Jen Mahadi Abdul; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Mohd Zin Mansor; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mortadza Nazarene; pakar perunding kanan bedah Hospital Melaka, Dr Muhammad Safian Hashim; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Othman Mustapha.

Canselor Kolej Perubatan Manipal Melaka; Ramdas Madhava Pai; pakar ortodontik Pejabat Kesihatan Pergigian Melaka, Tan Kim Choo; Ketua Setiausaha Yayasan Guan Yin, Datin Tan Swee Lai; dan Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Zulkefli Salleh; Pengarah KEMAS, Hasim @ Hashim Muhamad.

Darjah Pangkuan Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk (73 individu)

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Mohd Nasri Hashim; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Baru, Mohd Ridzwan Bakar; Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Abdul Muthalib Harun; Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Libaran, Daning Bajau.

Bendahari UMNO Bahagian Alor Star, Jamaludin Ahmad Nasir Murad; Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, Serin Sudah @ Masree; Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Shahrul Zaman Yahya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah; Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr Ismail Bakar; Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ramli Juhari;
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Mohamad Yusoff Ghazali;

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Yahya Baba; Ketua Cawangan Khas Perak, Senior Asisten Komisioner Mohd Ab Rahman Harun; Timbalan Pengarah Besar FELDA, Suhaimi Zainuddin.

Setiausaha Sulit Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Shamsudin Salim; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Khamis Abas; Pengarah Pejabat Pelancongan Melaka, Lim Chow Beng; Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Marzuki Khalid;

Pengarah Seranta FELDA, Noor Ehsanuddin Mohd Harunnarrashid; Pengarah Kanan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Parameswaran K Nadarajah; Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Ghazali Othman; bekas pegawal hasil, Harpal Singh Dhillon; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Idrus Md Jani.

Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Chua Tee Yong; Penasihat MCA Melaka, Chan Chee Fai; Penasihat MCA Jasin, Sia Swee Seng; Naib Pengerusi MCA Melaka, Voon Woon Chin; Ahli MCA, Tan Jyh Yaong; Teo Poh Boon; Setiausaha MIC Melaka, Kannan Govindaraju; Naib Pengerusi MIC Bukit Katil, Basil Karapaya.

Pengerusi GERAKAN Jasin Utara, Tan Boon Tan; Pengerusi GERAKAN Cawangan Tiang Dua (Melaka), Muniandy Senggamalay; Bendahari Parti Progresif Penduduk Melaka, Ng Teng Yau; Naib Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Lee Kim Hock.

Pengarah Urusan Bandi Bina Sdn Bhd, Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi; Pengarah Urusan Restoran Nasi Kandar Subaidah (PG) Sdn Bhd, Abdul Aziz Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Ahmad Fauzi Hasan;

Pengarah Business Development Westar LDV Sdn Bhd, Anuar Noordin; Pengarah Korporat Pesaka Astana (M) Sdn Bhd, Badly Shah Ariff Shah; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Baharom Majid; Pengarah Urusan Urusan BNT Land Realty Pengarah Urusan Inti Perdana Sdn Bhd, Mohamad Nasir Abdul Rahim.

Pengurus Besar TNB Melaka, Mohamed Azim Yusof; Pengarah Urusan Nazarin (NBM) Sdn Bhd, Mohd Ariffin Abdul Talib; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd, Nur Iskandar A Samad; Pengarah Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd, Othman Hitam.

Pengerusi Eksekutif Century Logistics Holdings Bhd, Phua Sin Mo; Ketua Pegawai Eksekutif Ede & Ravenschroftt (M) Sdn Bhd, Shavrathan Lalchand Ranai; Pengarah LTKM Berhad, Tan Kok; Ketua Pegawai Pemasaran Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, Wan Abd Halim Abd Majid.

Pengerusi Cahaya Automotif Sdn Bhd, Yap Kim Soon; Pengarah Urusan Parksim Bricks Sdn Bhd, Yap Yee Chong; Pengarah Eksekutif Tech Art Sdn Bhd, Zaimi Md Ali; Pengerusi Esksekutif Aljannah Global Marketing Sdn Bhd; Pengarah Operasi Boustead Hotel & Resort Sdn Bhd, Mokhtar Md Khir;
Pengarah Eksekutif Havys Oil Mill Sdn Bhd, Lim Lian Kheng; Pengarah Huat Lai Resources Bhd, Lim Yeow Siong.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat, Megat Zulkarnain Omardin; Naib Pengerusi Alumni 4B Malaysia, Abd Rashid Nopiah; bekas Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Taman Bahagia Jasin, Abu Dolah Hitam; Abdul Rahim Abdul Thalik.

Presiden Goshinryu Malaysia, Clement Soo; Setiausaha Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Pandurangan Subramaniam; Ahli Majlis Peguam, Ganesalingam Kanagaretnam; Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Bekas Ahli 4B, Mohamed Safian Mohamed Omar.


Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar

Posted: 07 Oct 2011 06:03 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup. Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan