Berita Harian: Nasional |
| Dua akta ganti ISA imbangi 3 kepentingan Posted: 03 Oct 2011 06:10 PM PDT Nasional PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat akan menyeimbangi antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keperluan menjaga keamanan awam. Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya melalui pengenalan dua akta baru itu, Malaysia akan berada di antara negara yang mengamalkan demokrasi dan dihormati negara lain. "Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA dan digantikan dengan dua akta baru," katanya ketika menjawab soalan lisan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) di Dewan Rakyat, semalam.Alexander Nanta mahukan penjelasan mengenai strategi yang diambil kerajaan untuk menyatupadukan rakyat negara ini yang dilanda pelbagai isu berkaitan agama, bangsa dan jurang ekonomi antara rakyat. Pada sidang sama, Perdana Menteri turut mengemukakan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama. Sementara itu, Najib membidas pembangkang yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan mendakwa keputusan kerajaan memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat adalah berikutan tuntutan mereka. "Saya sudah sebut perkara ini sejak April 2009 lagi... ini bukan atas desakan pembangkang, tapi kehendak kerajaan Barisan Nasional. "Jadualnya kita akan beritahu (kemudian) sebab ada beberapa perkara yang perlu dilakukan, termasuk menggubal (akta) yang baru dan proses konsultasi dengan beberapa pihak," katanya. Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), yang mencadangkan Perdana Menteri supaya menggunakan akta pemansuhan darurat yang disediakan pembangkang. Menjawab soalan asal Nanta mengenai strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, Najib berkata, gagasan 1Malaysia adalah landasan penting dan tonggak utama untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat. "Bagi memupuk perpaduan, program menggalakkan integrasi sudah dan akan terus dilaksana seperti sukan, belia, khidmat negara dan di universiti, kursus hubungan etnik diwajibkan untuk semua penuntut. "Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama (JMKPA) juga ditubuhkan sejak awal 2010 untuk berunding semua isu antara agama melalui mekanisme perundingan, dialog," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komentajuddin memang perlu keperluan undang2 sebegini namun sebelum nak tangkap hanya mahkamah tentukan, dan selepas tangkap terus didakwa di mahkamah. pandai2 la dia bawa lawyer terhebat ka apa ka dan pendakwa raya pun kena hebat gak dgn bukti2 GGANU Marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan firman Allah yang maksudnya; "Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh api neraka" (Surah Hud : 113) shah Memang kena ada undang-undang atau akta untuk menyekat daripada aktiviti subversif ni dan kalau boleh juga tanpa dibicarakan kerana kalau masuk mahkamah pun, dengan peguam bela yang ada sekarang, pesalah pun boleh terlepas juga. |
| Syor had tayang filem seram di TV Posted: 03 Oct 2011 06:09 PM PDT Nasional LPF akan kemuka cadangan gubal dasar untuk dikuatkuasaPUTRAJAYA: Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya filem genre seram tidak dibenarkan disiarkan secara berulang di semua stesen televisyen tempatan termasuk Astro dalam usaha menangani gejala penyuburan amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton. LPF yang memperakui cadangan itu akan mengemukakannya kepada kementerian berkaitan sebelum digubal sebagai dasar untuk dikuatkuasakan ke atas semua stesen televisyen tempatan. Pengerusi LPF, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap, berkata cadangan itu dikemukakan oleh pihak industri perfileman dalam sesi perbincangan berkala di Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam sebagai reaksi kepada polemik filem seumpama itu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat produktif."LPF tidak boleh menghalang penerbitan filem bercorak hantu dan seram kerana ia dikhuatiri menjejaskan perkembangan industri sebab itu kita akan memperakui cadangan itu supaya filem seram tidak diulang tayang di semua stesen televisyen termasuk Astro. "Jika ia dipersetujui kerajaan, filem berkenaan hanya akan disiarkan di pawagam, namun ia tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat LPF bersama Penerbit dan Pengarah Filem di sini, semalam. Raja Azhar berkata, rasional di sebalik cadangan itu ialah bagi membolehkan LPF menetapkan jenis penonton yang boleh menyaksikan filem terbabit, berbanding di stesen televisyen yang boleh disaksikan semua peringkat usia termasuk kanak-kanak. Kategori 18 pula untuk tontonan golongan berumur 18 tahun dan ke atas, mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau pun yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik. Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Mengulas lanjut, Raja Azhar berkata, pola penerbitan filem tahyul dan seram juga semakin meningkat sejak 2008 hingga tahun lalu, sebanyak 18 filem sudah diterbitkan, sekali gus membuktikan ia semakin mendapat tempat di kalangan penonton tempatan. Bagaimanapun, beliau menasihatkan penerbit dan pengarah filem supaya lebih kreatif dalam menghasilkan filem dan tidak terlalu bergantung kepada genre tahyul dan seram, khususnya jika skrip terbabit tidak mendapat kelulusan LPF dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan