Berita Harian: Mutakhir |
| Posted: 19 Oct 2011 03:07 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dan FTSE Bursa Malaysia KLCI berakhir pada paras tertinggi harian, dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati terhadap isu kemelut hutang zon Euro, kata peniaga.Keuntungan dalam empat saham wajaran tinggi seperti Petronas Chemicals, Genting Malaysia, Tenaga Nasional dan MISC, menyumbang dengan ketara kepada kenaikan, menguasai 8.68 mata. FBM KLCI naik sebanyak 10.31 mata untuk ditutup pada 1,450.25. Ia mencecah paras terendah harian pada 1,444.42. Indeks Kewangan menokok 59.43 mata kepada 13,139.3 dan Indeks Perusahaan naik 17.79 mata kepada 2,655.54.Indeks Perladangan bagaimanapun susut 0.38 mata kepada 7,322.8.
Saham untung mengatasi rugi pada 641 berbanding 162 manakala 210 kaunter tidak berubah, 449 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung.
|
| Pengikut Syiah fail saman terhadap Utusan, JAIS Posted: 19 Oct 2011 02:53 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu, memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan jabatan itu atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS sebagai defendan. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lalu. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.Terdahulu, Hakim Datuk V.T. Singham ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember, 2010 kepada 17 Disember, 2010. Hakim Singham juga menetapkan 31 Okt ini bagi membuat keputusan terhadap permohonan Muhammad Khusrin dan Jais untuk membatalkan saman itu. Beliau juga menetapkan 20 dan 21 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes itu, tertakluk kepada keputusan untuk membatalkan saman itu.
Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. Mohd Kamilzuhairi berkata kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan Jais ke atas markas Syiah, di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada 15 Disember tahun lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat. Beliau mendakwa kenyataan itu diterbitkan bagi mensensasikan berita dan melariskan penjualan akhbar tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga dirinya. Beliau memohon ganti rugi am, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Utusan Melayu dalam pernyataan pembelaan menafikan artikel itu mengandungi sebarang unsur fitnah manakala Muhammad Khusrin dan JAIS dalam pernyataan pembelaan menegaskan kenyataan yang diterbitkan oleh bekas pengarah JAIS itu tidak pada bila-bila masa menyebut nama plaintif (Mohd Kamilzuhairi). - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan