Berita Harian: Mutakhir |
| Guru kerugian RM6,000 rumah dimasuki pencuri Posted: 16 Oct 2011 03:11 AM PDT Mutakhir PEKAN: Seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah kerugian kira-kira RM6,000 apabila rumahnya di Taman Tanah Putih Baru di sini dimasuki pencuri hari ini.Mangsa, Khairatul Azlina Abdul Karim, 33, hanya menyedari kejadian berkenaan pada jam 9 pagi setelah pulang ke rumah selepas bermalam di rumah ibunya. Katanya, dia bersama empat anak lelakinya yang berusia antara lima bulan dan lima tahun meninggalkan rumah kira-kira jam 11.30 malam semalam untuk tidur di rumah ibunya yang terletak kira-kira 2 kilometer dari situ berikutan ketiadaan suaminya yang berkursus di Perlis sejak minggu lalu. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut kerana keadaan di dalam rumah berselerak dan pintu di bahagian tepi rumah terbuka," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.Hasil pemeriksaan, dia mendapati sebuah komputer riba, kamera digital, sebentuk cincin emas dan tiga tabung duit syiling milik anaknya yang keseluruhan bernilai kira-kira RM6,000 hilang. Khairatul Azlina berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. "Mujur saya anak-beranak tergerak hati untuk tidur di rumah ibu, siapa tahu apa akan terjadi pada kami," katanya.
|
| Sejarah buktikan Pilihan Raya Malaysia adalah adil: Najib Posted: 16 Oct 2011 02:29 AM PDT Mutakhir SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.Katanya, jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas. "Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini. Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya."Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya. Najib berkata, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu. Dr Chandra kini adalah Pengerusi Yayasan 1Malaysia.
"Bila tentera buang undi dia masuk dalam peti undi, akan ada wakil pembangkang menjadi pemerhatinya. Silap sikit dia akan protes, walaupun kita tidak manipulasi tapi dia pandai pusing," kata Najib. Kewujudan pihak tentera dan kakitangan kerajaan masih belum lagi membolehkan wakil BN menang secara automatik, katanya. Apa yang berlaku ialah pembangkang tidak ada jawapan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai dasar transformasi yang membolehkan BN mendapat momentum politik, kata Najib. Pembangkang bagaimanapun masih bijak memutar belit lalu mengadakan Bersih 2.0 dan menyusun satu skrip yang panjang untuk membentuk serangan dari demontrasi, laman web sehinggalah ke tayangan video dalam YouTube. "Saya lihat mereka menggabungkan Bersih 1 dan 2 di dalam video YouTube untuk burukkan kerajaan dan rakyat akan fikir video itu betul. Saya lihat video itu seolah-olah mereka sudah pun membuat satu skrip yang tersusun," katanya. Lakonan mereka dibuat dengan baik dan boleh mempengaruhi rakyat yang tidak perasan perkara ini dan jika difikirkan, mana ada orang yang menerima rawatan di wad hospital akibat kecederaan yang teruk masih memakai baju kuning, katanya. Mungkin BN mahir dalam "peperangan dulu" dan berjaya menang sebanyak 12 kali pilihan raya umum tetapi kali ini, "peperangan adalah dalam bentuk baru" dan BN tidak boleh lagi menggunakan senjata lama dalam peperangan yang moden. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan