Jumaat, 14 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Penarik kereta dihukum gantung, edar dadah

Posted: 14 Oct 2011 03:06 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 1.614 kilogram ganja berhampiran kompleks beli belah di Bandar Utama, Damansara Utama, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Andi Idham Mohamed, 32, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Andi Idham didakwa mengedar dadah berbahaya itu di dalam kereta Honda Civic bernombor BEH 6063 di tepi jalan besar Lebuh Bandar Utama, Damansara Utama, Petaling Jaya, kira-kira jam 10.30 malam, pada 10 Mac 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akat sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat bahawa seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang memandu kereta dengan nombor BEH 6063 akan mengedar dadah di kompleks beli belah One Utama.

Dalam serbuan di tempat kejadian, tertuduh ditahan bersama-sama dengan satu beg Metrojaya Sale mengandungi dua ketulan mampat ganja yang dibalut plastik lutsinar.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nazri Yahya dan Farah Atikah Hasnan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Belajar daripada pengalaman lalu: Koh

Posted: 14 Oct 2011 02:58 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Anggota Gerakan perlu mencontohi semangat juang veteran parti untuk memperkasakan komitmen dan ideologi kepada parti, kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Presiden parti itu menegaskan mengenai perlunya belajar daripada pengalaman lalu dan terus maju ke depan, dalam semangat kekitaan seperti mana moto parti 'Satu Hati'.

"Selepas 43 tahun penubuhan parti, kita mengharungi pelbagai ujian dan rintangan. "Cabaran yang kita hadapi hari ini, tidak dinafikan, amat besar tetapi kita perlu belajar daripada semangat juang veteran kita supaya kita dapat memperkasakan komitmen kita, ideologi kita dan juga mencergaskan parti kita menerusi semangat baru untuk perubahan dan transformasi," katanya di sini, hari ini.

Dr Koh ditemui selepas melancarkan pameran gambar sejarah parti bertajuk '40 Years of Togetherness: Down Memory Lane of National Delegates Conference'.

Pameran itu memaparkan koleksi gambar perwakilan sejak persidangan pertama parti pada 1968, termasuk gambar pemimpin terdahulu hingga sekarang.

Ia diadakan sempena Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-40 parti yang akan bermula esok.
Dr Koh berkata, pameran itu berperanan sebagai peringatan kepada semua perwakilan Gerakan dan sebagai galakan kepada generasi muda. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan