Khamis, 13 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


SPR kesan kesilapan dalam permohonan pendaftaran pemilih

Posted: 13 Oct 2011 03:28 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 71,184 daripada 200,395 permohonan pendaftaran pemilih yang dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) bagi tempoh Julai hingga September lepas kerana berlaku kesilapan dalam permohonan terbabit.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata kesilapan terbanyak melibatkan pendaftaran pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 36,139 permohonan.
Sebanyak 15,615 permohonan ditolak kerana alamat pemohon tidak sama dengan alamat pada Agency Link Up System (ALIS), Jabatan Pendaftaran Negara, iaitu sistem yang menolak secara automatik sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan tidak sah. "SPR turut menolak 2,403 permohonan kerana pemohon yang ingin didaftarkan berumur bawah 21 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini. Kesilapan lain yang dikesan ialah pemohon yang didaftarkan telah meninggal dunia (2,209 permohonan), pemohon bukan warganegara (381 permohonan) dan selebihnya disebabkan pelbagai alasan lain. Kamaruddin berkata SPR memandang serius kesilapan yang dilakukan PPP yang dilantik bagi membantu mendaftarkan lebih ramai pemilih. Sehingga Ogos lalu, 163 PPP diberi amaran kerana melakukan kesilapan manakala 94 lagi ditamatkan pelantikan kerana melakukan perkara sama secara berulang.
SPR meminta PPP yang dilantik menjalankan tugas dengan jujur bagi memastikan permohonan yang layak sahaja dihantar ke SPR untuk diproses.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sehingga Ogos lalu, SPR melantik 10,865 PPP terdiri daripada 5,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan, 779 wakil pertubuhan dan 249 wakil universiti bagi membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Undian terbuka untuk 560 rumah PR1MA

Posted: 13 Oct 2011 03:20 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Semua proses pemilihan pemohonan untuk mendapatkan 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dijalankan secara undian terbuka dan dipantau firma perunding juruaudit bertauliah, KPMG Audit, Risk & Compliance Services (KPMG) bagi memastikan ia dijalankan secara telus.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata proses pemohonan juga akan dipantau Jawatankuasa Penapisan dianggotai wakil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan beberapa agensi lain bagi memastikan hanya mereka benar-benar layak memperoleh kemudahan rumah mampu milik terbabit.

Katanya, langkah itu perlu kerana sejak pemohonan dibuka pada 30 September lalu, PR1MA menerima sebanyak 7,113 permohonan daripada orang ramai iaitu 13 kali ganda berbanding bilangan rumah mampu milik yang diperuntukan untuk fasa pertama projek PR1MA. Berikutan itu, katanya, PR1MA juga akan membahagikan senarai utama pemohonan diterima kepada dua kategori iaitu warna biru bagi mereka yang belum memiliki rumah iaitu mewakili 5,943 pemohonan atau 84 peratus, manakala 1,170 pemohonan lagi berwarna merah iaitu terdiri daripada mereka yang sudah memiliki sebuah rumah.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan