Rabu, 12 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Ops Gaji dilancar, pantau harga barangan keperluan harian

Posted: 12 Oct 2011 03:12 AM PDT

Mutakhir

KUANTAN: Sebanyak 16 notis dikeluarkan kepada peniaga dan pemborong ayam di Pahang yang dikesan menaikkan harga ayam yang juga barang kawalan dalam Ops Gaji 2 yang bermula hari ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Abdul Aziz, berkata operasi itu bertujuan memantau harga 355 barang keperluan harian pengguna selepas pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu.

"Kita mempergiatkan pemantauan di peringkat runcit, borong dan pengeluar bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara melampau ke atas barang keperluan pengguna," katanya di sini, hari ini. Sehingga jam 3 petang tadi, 72 pemeriksaan runcit dilakukan manakala 19 pemeriksaan borong dan 11 pemeriksaan ladang dibuat.

Mohd Aruwan berkata, notis yang dikeluarkan kepada peniaga dan pemborong ayam itu adalah mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011, dan sekiranya gagal memberi sebab yang munasabah, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat dan perbadanan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Bekas Presiden Filipina berdepan tuduhan rasuah bulan depan

Posted: 12 Oct 2011 02:44 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, pentadbirannya akan memfailkan tuduhan penyelewengan terbesar terhadap bekas presiden negara berkenaan bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan