Berita Harian: Mutakhir |
| Bekas Ketua UMNO Kubang Kerian bebas tuduhan menipu Posted: 11 Oct 2011 03:22 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mat Zin Awang hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap tuduhan menipu seorang pengurus besar syarikat sebanyak RM10,000, 11 tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Mat Zin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Gua Musang yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan itu. Hakim Abdul Malik dan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membenarkan rayuan Mat Zin, yang ketika ini ialah ahli perniagaan, manakala Datuk Azhar Ma'ah menolak rayuan itu.Mat Zin, yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Kesedar Perkilangan Sdn Bhd, didakwa memperdayakan Rosdy Abd Rahman untuk menyumbangkan RM10,000 kepada tabung UMNO Bahagian Kuala Krai, dengan mendakwa ia diminta oleh Ketua Bahagian, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bazar Gua Musang antara 3 Februari dan 8 Februari 2000. Pada 4 April 2004, Mahkamah Sesyen Gua Musang mendapati Mat Zin bersalah terhadap tuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, Mat Zin, yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari berkata, beliau bersyukur dengan keputusan itu yang berjaya membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga. Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi bertindak bagi pihak pendakwaan.- BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Pahang Posted: 11 Oct 2011 02:49 AM PDT Mutakhir KUANTAN: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Pahang, semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian pertama, seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Jerantut maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam cerun di Kilometer (KM) 31, Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dekat Kuala Lipis. Beliau berkata, ketika kejadian pada jam 4.30 petang itu, Kaharuddin Ismail, 53, bersama empat lagi rakannya dalam perjalanan pulang ke Jerantut selepas berkonvoi ke Cameron Highlands untuk beriadah. Sementara itu, seorang pemuda, Mohammad Najid Mat Khil, 26, maut dalam kemalangan di KM138 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh pada jam 6.15 petang. Mohamed Fauzi berkata, mangsa yang sedang menuju ke Kuantan dari arah Kuala Lumpur gagal mengelak lalu bertembung dengan sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang sebelah kiri. "Berikutan itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah depan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan