Berita Harian: Mutakhir |
| BN mesti jadi parti untuk semua rakyat Posted: 09 Oct 2011 03:15 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti yang disokong oleh segenap lapisan rakyat.Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu BN hanya sekadar disokong oleh penduduk luar bandar tetapi semua rakyat bandar terutamanya di Kuala Lumpur kerana ia merupakan ibu negara. "Kita tak nak BN hanya menjadi parti luar bandar dan desa seolah-olah orang di bandar tidak sokong kita. Kita nak BN menjadi sebuah parti yang disokong semua termasuk golongan berpendapatan sederhana di kota raya KL ini," katanya. Kira-kira 8,000 anggota dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hadir pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Justeru itu, beliau menggesa semua anggota BN supaya melipatgandakan gerak kerja mereka memandangkan gema pilihan raya umum (PRU) semakin hampir. Beliau berkata semua anggota mesti memastikan keadaan di akar umbi betul-betul tersusun dan tidak sekadar hanya tahu memberikan maklum balas positif.
"Congak punya congak, kita memang boleh menang. Atas kertas memang boleh menang," katanya. - BERNAMA |
| 222 kawasan parlimen ada Kompeni Wataniah sebelum akhir tahun ini Posted: 09 Oct 2011 03:08 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mensasarkan kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 207 kawasan Parlimen sudah mempunyai kompeni askar wataniah dengan kekuatan seramai 87,000 keanggotaan. "Ikut rekod, hanya tinggal 15 kawasan Parlimen yang masih belum mempunyai kompeni wataniah dan kita sasar sebelum 31 Disember, kesemua kawasan Parlimen akan mempunyai kompeni wataniah...sasaran ini juga adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya yang ingin saya capai tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Mesra Riang Riuh dan Program Juara Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bandar Puchong 2, dekat sini, hari ini.Ahmad Zahid turut melancarkan pendaftaran askar wataniah kompeni Puchong di tapak karnival itu yang dibuat atas usahasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Beliau berkata, kementeriannya juga berharap akan mencapai jumlah sasaran sekurang-kurangnya seramai 300 anggota AW di setiap kawasan Parlimen. "Buat masa ini, purata keanggotaan adalah seramai 150 orang bagi setiap satu kawasan Parlimen dan kita mahu keanggotaan ini bertambah menjadi 300 orang.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu perlu dilaksanakan kerana anggota AW adalah pasukan pertahanan kedua yang menjaga benteng keselamatan negara selepas anggota tetap dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Bagi memenuhi matlamat ini, kementerian mahukan kerjasama sepenuhnya dari setiap lapisan masyarakat seperti apa yang dibuat PIBG sekolah ini yang berusaha untuk menubuhkan kompeni AW untuk kawasan Puchong," katanya. Beliau berkata, orang ramai yang memenuhi syarat disaran untuk menyertai kompeni itu terutamanya kaum lain selain Melayu. "Kalau boleh saya mahu kerjasama pihak PIBG dari sekolah jenis kebangsaan untuk menarik minat ibu bapa, guru dan keluarga dari kaum lain untuk menyertai pasukan askar simpanan...secara tidak langsung ia akan meluaskan lagi konsep Hanruh (konsep Pertahanan Menyeluruh) yang akan memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terus kekal terjamin," katanya. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan