Berita Harian: Mutakhir |
| Belanjawan alternatif pembangkang ibarat poket kosong Posted: 04 Oct 2011 02:43 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012. Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat. "(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini."Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya. "Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan. - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenlan apalah salahnya, diaorg kan ada kerajaan sendiri, dia bentang bajet itu hak dia...bagus juga ada pembangkang ni,supaya wakil rakyat tu, tak goyang sangat suruh dia keja sikit...hahaha rashid Saya amat bersetuju dengan pandangan Y.A.Bhg. Tun. Pakatan Rakyat tak usah nak buat sibuk membentang belanjawan yang tidak tahu hujung pangkal, tak payahlah kera dihutan disusukan. Saya cadangkan Pakatan Rakyat pergilah selesai masaalah Bekalan Air di Kelantan, Penyenggaraan Jalan di Kedah tapi nak selenggara macam mana kalau peruntukan penyenggaran jalan khabarnya diguna untuk membayar gaji kakitangan awam Negeri?, masaalah peniaga-peniaga bumiputra di Komplek PKNS, Shah Alam dan lain-lain masaalah di negeri yang dikuasa oleh Pakatan Rakyat. Kalau kuasa tak ada tak payahlah bentang, buat busuk mulut ja. mamat tepat ke? belum bagi peluang dah cantas pihak lawan...Selangor/Kelantan/Kedah bankrap ke sekarang ? DINO Pembangkang hanya pandai berjanji.JanjiPilihanraya Tahun 2008 pun tak tertunai sepenuhnya lagi. Rakyat jangan mudah tertipu.Ingat Namsor Satu jawapan yang tepat dan sinis oleh Tun M. Janganlah rakyat terkeliru dengan belanjawan alternatif pakatan pembangkang. |
| Senarai 9 anggota Jawatankuasa Pilihan Khas dilulus Posted: 04 Oct 2011 02:32 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat meluluskan senarai sembilan wakil rakyat yang akan menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.Mesyuarat hampir 20 minit mulai 8 pagi dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting; dan Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan