Berita Harian: Nasional |
32 kematian hari raya pertama, kedua Posted: 01 Sep 2011 06:06 PM PDT Nasional KENDERAAN sesak (kanan) dari arah Selatan ke Kuala Lumpur berikutan orang ramai pulang dari kampung halaman masing-masing ke ibu kota. Gambar dirakam pada jam 6.45 petang, semalam. - Foto Sairien Nafis Paling menyedihkan, daripada 15 kematian dilaporkan pada hari raya pertama, semuanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, menjadikan 23 penunggang dan pembonceng terbunuh dalam tempoh dua hari lalu. Malah, daripada 166 kematian sejak sembilan hari lalu, 104 adalah penunggang dan pembonceng motosikal. Keseluruhannya, 2,016 kemalangan dilaporkan pada hari raya pertama dan kedua, dengan yang tertinggi dicatatkan di Jalan Persekutuan membabitkan 720 kes, diikuti Jalan Bandaran (609), Jalan Negeri (388), lebuh raya (180) dan lain-lain jalan (119).Dalam tempoh sama, 9,132 saman trafik dikeluarkan bagi pelbagai jenis kesalahan lalu lalu lintas. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kematian dan kemalangan jalan raya setiap kali sambutan perayaan terutama di jalan negeri dan jalan bandaran walaupun pelbagai kempen keselamatan dijalankan. "Kerajaan serius dalam usaha menjalankan kempen keselamatan jalan raya sejak dulu lagi, termasuk menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Menjadi kebimbangan apabila kes kemalangan jalan raya semakin meningkat, paling banyak membabitkan motosikal," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbukanya di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh. |
2 loji rawatan air milik Johor Posted: 01 Sep 2011 03:33 PM PDT Nasional SULTAN Johor, Sultan Ibrahim berkenan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Tan dan Obet pada majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB di Loji Air Gunung Pulai di Johor Bahru, semalam. Turut sama (dari kiri) Menteri Kanan Negeri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Grace Fu; Abdul Ghani, Vivian dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (kanan). JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor kelmarin. Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil, di Loji Air Gunung Pulai di sini. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tahun tamat antara PUB dan kerajaan negeri di bawah Perjanjian Air 1961 kelmarin.Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri akan terus meneroka sumber bekalan air baru sebagai persediaan jangka panjang bagi memenuhi keperluan penduduk dan industri, termasuk industri petroleum yang dibangunkan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi. Katanya, langkah terbaru penerokaan sumber air dari Sungai Sedili Besar di Kota Tinggi. "Ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri menyediakan bekalan air melangkaui jangka masa panjang untuk keperluan penduduk dan industri di negeri ini," katanya pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Sungai Mati, semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua, berkata kerajaan negeri sedang menggubal enakmen baru, Enakmen Sumber Air Negeri bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku di kawasan empangan, sekali gus mutu air di semua empangan negeri sentiasa berada pada tahap terbaik dan terkawal. Katanya, akta berkenaan akan membolehkan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) melakukan penguatkuasaan sendiri di semua kawasan empangan di negeri ini yang berisiko. "Enakmen baru ini apabila siap digubal akan memastikan empangan serta kawasan sumber air negeri sentiasa terjamin, termasuk daripada pencerobohan haram terutama membabitkan perladangan mahupun dijadikan tempat buangan sisa toksik berbahaya," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan