Harian Metro: Setempat |
Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat Posted: 19 Jun 2011 10:16 AM PDT KOTA BHARU: "Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). "Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.
Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.
|
5,000 meriahkan ulang tahun MBPJ Posted: 19 Jun 2011 10:11 AM PDT PETALING JAYA: Sambutan ulang tahun kelima Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meriah selepas program hari terbuka yang diadakan selama dua hari di Stadium Kelana Jaya, di sini, berakhir semalam dibanjiri kira-kira 5,000 penduduk. Sebanyak 15 aktiviti diadakan bagi penduduk pelbagai peringkat umur antaranya pertandingan bola jaring, futsal dan mewarna selain konvoi kereta mini klasik.
Katanya, pihaknya sentiasa memberi keutamaan kepada penduduk dalam menunaikan tanggungjawab sosial menerusi penyediaan bas komuniti percuma, van orang kelainan upaya (OKU) dan klinik MBPJ.
Sementara itu, beliau turut merasmikan perkhidmatan terbaru pihaknya, 'Mr EZ Pay' iaitu perkhidmatan kaunter pembayaran mudah bergerak yang bakal memulakan operasi awal Julai ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan