Utusan Online - Jenayah |
Posted: KJ terima ugutan bunuhSEPANG 26 Jun - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada ahli pergerakan itu berhubung penyertaan mereka dalam satu perhimpunan yang dijadualkan serentak dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada awal pagi tadi melalui satu nombor yang tidak dikenalinya. ''SMS tersebut antara lain mengandungi kata-kata kesat dan mengugut untuk menyembelih setiap ahli Pemuda UMNO yang menyertai perhimpunan pada hari sama dengan dengan perhimpunan Bersih. ''Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas untuk menyertai misi kemanusiaan antarabangsa 'Freedom Flotila II' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Menyentuh perhimpunan anjuran Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perhimpunan Patriot, Khairy berkata, pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya. | ||
Posted: Tiga pelajar KIST maut nahasOleh RAHANA MOHD. DAHARI dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU 26 Jun - Tiga pelajar Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) kampus Bachok terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori ais di Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, di sini malam semalam. Mereka ialah Shaiful Jawahir Razali, Mohammad Aliff Mohd. Suhaimi dan Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md. Saud yang kesemuanya berusia 19 tahun. Shaiful Jawahir dan Aliff berasal dari Tanah Merah manakala Sheikh Muhammad Farhan dari Georgetown, Pulau Pinang. Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Aznil Afnan Ariffin, 19, dari Pengkalan Chepa, cedera parah. Turut parah pemandu lori, Zamri Hussien, 29, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identitinya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan mendapati dalam nahas kira-kira pukul 11 malam itu, kereta Proton Iswara yang dipandu Shaiful dipercayai memotong beberapa kenderaan lain. "Kereta itu bertembung dengan sebuah lori dari arah depan, mengakibatkan tiga maut selepas tersepit di dalam kereta yang remuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Zamri dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Muhammad Aznil pula di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala kelindan lori berkenaan di Hospital Pasir Mas. Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Mohd. Nasir Mamat berkata, pasukannya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai. "Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati ada lima mangsa tersepit termasuk empat di dalam kereta dan seorang pemandu lori," ujarnya. Beliau berkata, pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan