Ahad, 26 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sakit naib johan

Posted: 25 Jun 2011 12:39 PM PDT

MukaDepan

PM mahu UMNO, BN bangkit jadi nombor satu

RAWANG: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat supaya merampas semula gelaran 'johan' yang hilang selepas tewas di beberapa kawasan pada pilihan raya lalu serta mengelakkan gelaran 'naib johan'.

Perdana Menteri berkata, gelaran naib johan sebenarnya tidak perlu wujud dalam istilah perjuangan politik kerana hadiahnya terlalu pahit untuk diterima. Hakikatnya, BN pernah merasai keperitan memegang gelaran naib johan dan mesti berusaha kuat merampas kembali nikmat bergelar johan yang pernah dikecapi sebelum ini. "Dalam pertandingan biasa, Naib Johan masih ada hadiah, tetapi dalam politik, kita akan terima padah. Kita dah tahu nasib menjadi parti yang kalah, bagaimana pahitnya bila kalah. Maruah, imej semua terjejas dan kita perlu sentiasa muhasabah diri.

"Kita perlu sedar, sejarah silam kegemilangan parti bukan jaminan untuk kekalkan kekuasaan. Semuanya berlaku kerana perubahan landskap politik serta pemikiran masyarakat yang sudah berubah, berbanding sebelumnya," katanya berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di sini, semalam.

Presiden UMNO dan BN itu turut memberi peringatan bahawa setiap ahli parti supaya jangan terlalu berbangga dengan simbol atau imej yang dibawa sedangkan isi perjuangan jelas masih kurang dan gagal memenangi hati rakyat.

Sebaliknya, mereka mesti berubah mengikut peredaran zaman kerana pihak yang lebih berkemampuan dalam segala aspek mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Memberikan contoh bagaimana kerajaan Melayu Melaka tumbang kepada Portugis pada 1511, Najib berkata, antara faktor kekalahan disebabkan penjajah mempunyai segala kelengkapan moden yang dengan mudah menewaskan tentera Melaka bersenjatakan tombak dan keris.

"Kalau kita masih guna senjata lama (strategi lama), memang kita boleh menang perang zaman dulu, tetapi kita belum tentu boleh menang perang hari ini.

"Masyarakat sekarang sudah berubah hasil pembangunan negara. Ramai yang mempunyai pendidikan tinggi, taraf sosioekonomi juga sudah meningkat dan ledakan teknologi maklumat berkembang dengan baik. Semua itu menuntut kita supaya sentiasa bersedia, buat perubahan dan pembugaran (segar) semula," katanya.

Beliau berkata, walaupun golongan berpendidikan tinggi itu boleh menilai dan menerima pelbagai dasar kerajaan, mereka juga mahu menilai pemimpin di peringkat bawahan, sama ada ia selaras dengan pucuk pimpinan atau sekadar turun padang secara bermusim.

Najib secara sinis mengingatkan sesetengah pemimpin akar umbi yang cuma menonjolkan diri ketika menjelang musim pilihan raya serta mengamalkan sikap suka melobi semata-mata mahu terpilih menjadi calon.

Katanya, pucuk pimpinan BN sebenarnya lebih memerlukan calon yang boleh menang, calon yang disukai rakyat dengan sentiasa menjalankan kerja tanpa mengira kepentingan peribadi dan tidak bermusim.

"Rakyat paling benci apabila kita mungkir janji. Kalau kita berjanji nak bantu rakyat, kita kena buat. Jika berlaku kebakaran, banjir atau apa saja masalah rakyat, UMNO mesti menjadi orang pertama yang membantu.

"Orang kata, dalam bercinta, wujud istilah dari mata turun ke hati tetapi dalam politik, dari minda turun ke hati. Sebabnya ialah apabila mereka suka kita kerana selalu membantu, sudah tentu hati mereka akan terpaut kepada perjuangan kita dan parti. Jangan hanya menjelang pilihan raya, kita sibuk nak berbaik dengan SB (cawangan khas) untuk tunjukkan kita bagus," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

WAR

Pilihanraya selalu dinantikan rakyat. Rakyat ingin melihat sejauh mana kuasa undi mereka samada mampu merubah atau mengekalkan kerajaan. Ingatan Presiden UMNO kepada pimpinan parti amat jelas. Jika dipilih sebagai calon pastikan kemenangan sapa genggaman.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eksklusif: Penjamin merana peminjam cabut lari

Posted: 25 Jun 2011 12:36 PM PDT

Berita Harian Online | Eksklusif: Penjamin merana peminjam cabut lari
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK

5:41
13:17
16:43
19:26
20:42

... kawasan lain

MukaDepan

KUALA LUMPUR: "Hidup saya musnah... masa depan anak-anak kelam! Saya tidak sangka adik beradik sendiri sanggup menganiaya saya sehingga diisytiharkan muflis.

"Saya faham keinginan mereka memiliki aset sendiri menyebabkan sanggup menjadi penjamin, namun kegagalan membayarnya menyebabkan saya menanggung beban yang bukan sedikit jumlahnya," luah Jemiah (bukan nama sebenar), 27, ketika ditemubual Berita Minggu, semalam.

Jemiah antara 10,064 penjamin yang diisytiharkan muflis di seluruh negara. Ramai tidak sedar tetapi akhirnya insaf meskipun menjadi penjamin kepada saudara sendiri, akibat peminjam gagal membayar pinjaman. Untuk berita selanjutnya, dapatkan akhbar Berita Minggu di pasaran, hari ini.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

IKLAN


Hak Cipta Terpelihara 2011 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan