Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


85 penyokong Bersih ditahan

Posted:

85 penyokong Bersih ditahan

85 penyokong Bersih ditahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang Senator dan dua warga asing antara 85 individu yang ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 di seluruh negara sejak Jumaat lalu.

Kesemua 56 lelaki dan 29 wanita itu ditahan di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menerusi Ops Padam 4.

Mereka berusia lingkungan 18 hingga 64 tahun manakala seorang remaja berusia 16 tahun dibebaskan serta-merta kerana masih di bawah umur.

Sumber memberitahu, seramai 82 orang yang ditahan telah dilepaskan selepas direkodkan keterangan manakala tiga daripadanya masih ditahan.

Menurutnya, individu yang masih dalam tahanan polis ialah seorang senator lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga Korea Selatan.

"Kesemua mereka ditahan kerana menghasut masyarakat menghadiri perhimpunan haram Bersih 2 dengan mengedar risalah hasutan, menjual, memiliki dan memakai baju T kuning yang mempunyai logo Bersih 2 bagi tujuan promosi.

"Selain itu, ada juga yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram, melakukan hasutan dan bertindak mencetak risalah mengenai Bersih 2," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, jumlah tangkapan berkenaan termasuk sekumpulan 31 penyokong Bersih yang ditahan di Pulau Pinang kerana cuba menghidupkan fahaman komunis.

Katanya, wanita warga Korea Selatan iaitu Min Young Song, 24, pada mulanya ditahan di Johor, Sabtu lalu, namun selepas dibebaskan dia sekali lagi ditahan di ibu negara semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PSM: Kewujudan unsur luar disiasat

Posted:

PSM: Kewujudan unsur luar disiasat

PSM: Kewujudan unsur luar disiasat

KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis menyiasat sekiranya wujud pembabitan unsur luar dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dipercayai cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini berdasarkan penemuan bahan bukti termasuk baju T berunsurkan komunisme selain individu tertentu yang menjadi ikon kumpulan tersebut.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan ditahan jika siasatan mendapati ada unsur menghasut.

"Polis kesan PSM sudah lama merancang perkara tersebut. Tindakan boleh mengkucar-kacirkan negara itu perlu disiasat mengikut undang-undang dan berlandaskan keperluan semasa.

"Kita melihat kepada senario luaran iaitu jika berlaku di luar negara sekalipun tetapi mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, kita akan ambil tindakan tegas untuk mematahkan gerakan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly di Menara Celcom, Jalan Semarak, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, kes tersebut telah dibawa ke mahkamah dan disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, polis menahan 30 individu daripada PSM dipercayai penyokong Bersih dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan haram Bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan